Pembekal Daging Hidupan Liar Di Sabah Diburu

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 10:26 AM

Aktiviti penjualan daging hidupan liar berleluasa di pasar sekitar Nabawan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang giat memburu pihak yang terbabit dengan aktiviti perdagangan daging hidupan liar di negeri ini.

Timbalan pengarahnya, Augustine Tuuga berkata mereka telah menahan dua kumpulan pemburu pada minggu lepas sebagai sebahagian daripada usaha ini.

Beliau enggan memberikan butiran penangkapan tetapi berkata pemburu didapati telah menyimpan daging babi hutan, kijang, tenggiling dan musang.

"Kami sedang memburu pembekal daging-daging haiwan ini dan kami rasa ini adalah pendekatan terbaik dalam menangani masalah ini," katanya dalam satu temubual, Selasa.

Beliau berkata, menahan pihak yang menjual daging hidupan liar di pasar atau pasar-pasar tamu di daerah-daerah pedalaman seperti Nabawan boleh membawa kepada situasi berbahaya untuk kakitangan penguatkuasaannya.

"Kebimbangannya ialah, keadaan boleh bertukar menjadi kecoh tiba-tiba apabila kakitangan kami merampas daging haiwan liar," kata Augustine.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kakitangan jabatan telah diugut ketika menjalankan pemeriksaan di pasar tamu Nabawan.

November lalu dilaporkan bahawa ancaman sama telah dilakukan terhadap seorang aktivis pemuliharaan apabila beliau cuba mengambil gambar daging hidupan liar yang dijual di pasaran.

Pada Selasa, e-mel tanpa nama telah dihantar kepada media di sini mempertikaikan mengapa jabatan itu gagal mengambil sebarang tindakan terhadap jualan daging hidupan liar yang dijual secara berleluasa di Nabawan.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Wildlife Watchers Sabah juga menghantar foto-foto kepada pihak media mengenai penjualan daging haiwan liar di Nabawan baru-baru ini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan