Peguam Negara Belum Putuskan Kes Akuan Berkanun Phang

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 6:53 PM

Mohamed Apandi Ali.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes akuan berkanun ahli perniagaan Phang Li Koon dalam isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Kenyataan Apandi itu dikeluarkan merujuk kepada laporan berita pada Rabu yang menyebut Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan Phang yang didakwa telah membuat kenyataan palsu dalam suatu akuan berkanun melibatkan isu pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown oleh Lim dengan harga RM2.8 juta itu mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Shabudin dilaporkan berkata, rumah itu dibeli daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa banglo terbabit dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

Sehubungan itu pada 22 Mac lepas, Phang membuat akuan berkanun menyatakan bahawa beliau tidak meninjau nilai pasaran sebelum menjual banglo itu kepada Lim pada harga RM2.8 juta, dan wanita berkenaan juga berkata dia tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan