Nasi Dagang Terpanjang Masuk Malaysia Book Of Records

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 3:38 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Nasi dagang sejuk beku yang dibangunkan Terengganu Kitchen Sdn Bhd bakal diisytihar sebagai 'The Longest Nasi Dagang (T'Dagang) Packet Line' dalam Malaysia Book of Records.

Penolong Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran T-Kitchen, Rozeli Abdul Gani berkata ia akan diumumkan pada 26 Mei yang melibatkan 12,000 pek nasi sepanjang dua kilometer.

"Ia membabitkan 220 peserta yang terdiri dari usahawan, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung Kuala Nerus serta pelajar Kolej Inforana Kuala Nerus yang akan menyediakan 12,000 pek nasi dagang dari 150 gantang beras," katanya.

Majlis dijangka dirasmikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.

T-Dagang dibangunkan oleh pengusaha nasi dagang sekitar Kuala Terengganu dan kini dijual di kedai serbaneka T-Mart milik Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Padang Hiliran, Kuala Terengganu dengan harga RM8.50 sepaket. 

Rozeli berkata pihaknya akan turut memasarkan T-Dagang di pasar raya Giant, Mydin, Tesco dan Jusco di seluruh negara mulai Oktober ini.

"Bagi pasaran luar negara, kita sudah mendapat permintaan daripada beberapa pembekal yang berminat untuk memasarkannya ke Singapura, Brunei, China, Jepun dan Korea," katanya.

Sementara itu Pengurus Pembangunan Perniagaan YPU, Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad berkata projek menghasilkan nasi dagang sejuk beku itu bermula pada Jun 2015 dengan kerjasama Pusat Sains Kreativiti Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan YPU dengan kos permulaan RM200,000.

"Kami mengeluarkan produk berkenaan dengan kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 500 bungkus sehari sejak Mac lalu. Nasi dagang sejuk beku ini boleh disimpan dalam peti ais dan dipanaskan dalam ketuhar apabila hendak dimakan dan ia bertahan selama enam bulan selepas tarikh pengeluarannya," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: nasi dagang , T'Dagang , Rozeli Abdul Gani

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan