Kekanda Sulung Raja Perlis Mangkat

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 3:24 PM

Makam Diraja di Arau di mana Allahyarhamah jenazah kekanda Raja Perlis akan disemadikan selepas solat Asar, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Tengku Puteri Utama Datuk Seri Diraja Sharifah Salwa Tuanku Syed Putra Jamalullail, kekanda sulung Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mangkat, Rabu.

Setiausaha kerajaan negeri Ahmad Zamri Khairuddin yang membuat pengumuman melalui RTM tengah hari tadi berkata almarhumah Tengku Puteri Sharifah Salwa, 74, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada pukul 11.15 pagi. 

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian almarhumah dan sejak bila baginda dimasukkan ke HSB. 

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar selepas solat Asar pukul 4.30 petang sebelum dibawa ke Makam Diraja di Arau untuk istiadat pengebumian, katanya. 

Ahmad Zamri berkata orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah di masjid tersebut mulai pukul 4 petang dan dinasihatkan memakai pakaian sopan berwarna putih, baju kebangsaan, jubah atau kemeja dan kopiah berwarna hitam. 

Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ibu saudara baginda itu dimasukkan ke HSB kerana mengidap demam denggi berdarah sejak beberapa hari lepas.

Almarhumah merupakan anak sulung Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah, berkahwin dengan Tengku Bendahara Sulaiman Tengku Abu Bakar, iaitu anak saudara Sultan Johor, Sultan Ismail. 

Tengku Puteri Sharifah Salwa meninggalkan empat orang anak iaitu seorang putera dan tiga puteri serta beberapa orang cucu. 

Semasa hayatnya, Tengku Puteri Sharifah Salwa aktif dengan kerja-kerja amal dan merupakan pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Perlis dan juga Naib Pengerusi 1 Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra Kangar.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan