El Nino: Orang Utan Diberi Minum Jus, Susu

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 6:41 PM

Anak Orang Utan di Bukit Merah lebih kerap diberi minum sepanjang El Nino.

(Ubah saiz teks)

BAGAN SERAI: Yayasan Pulau Orang Utan di sini membelanjakan kira-kira RM10,000 sehari yang antara lain untuk memberi orang utan peliharaannya meminum jus buah-buahan serta susu bagi mengelak haiwan tersebut daripada mengalami tekanan semasa cuaca panas dan kering sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan itu, Dr D. Sabapathy berkata peruntukan tersebut juga diguna untuk membeli makanan serta ubat-ubatan untuk 24 orang utan peliharaan yayasan berkenaan.

"Walaupun Pulau Orang Utan ini ditutup sementara akibat El Nino, tetapi itu tidak bermakna kami mengabaikan haiwan tersebut. Kami meneruskan kerja rutin harian seperti mengangkut makanan dan beberapa keperluan lain ke pulau ini  dengan menggunakan kayak kerana bot tidak dapat beroperasi," katanya kepada Bernama.

Pulau Orang Utan yng terletak di Bukit Merah Lake Town Resort ditutup sementara sejak 11 April lalu kerana bot tidak dapat beroperasi ke pulau itu akibat air tasik Empangan Bukit Merah menyusut dengan banyak. 

Dr Sabapathy sejak penutupan itu menyebabkan yayasan berkenaan kerugian lebih RM150,00 yang beberapa program yang dirancang pada bulan ini terpaksa dibatalkan.

Beliau berkata pada kebiasaan, pulau tersebut dikunjungi antara 20 hingga 30 pelawat setiap hari dan jumlah itu meningkat kepada 100 orang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan