"Perlu Suara Pembangkang, Tapi Jangan Ramai" - Zahid

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suara pembangkang masih diperlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya fikir sebagai sebuah negara demokratik, kita perlukan suara yang seimbang dalam DUN.

“Kami mahu melihat beberapa pembangkang dalam DUN di Sarawak, tapi tak terlalu ramai,” katanya dalam temubual khas di Pusat Operasi PRN Sarawak Kumpulan Media Star di sini, Rabu.

Beliau ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) mampu memenangi lebih daripada 70 kerusi iaitu melebihi sasaran parti itu pada pilihan raya yang akan diadakan Sabtu ini.

Pada pilihan raya 2011, BN menang di 55 kerusi daripada 71 kerusi DUN.

Bagaimanapun jumlah itu bertambah kepada 82 selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ditanya sama ada BN mampu memenangi semula beberapa kerusi yang terlepas ke tangan pembangkang pada PRN lalu, Ahmad Zahid berkata: “Kami sangat yakin dengan 66 kerusi dan kami masih berusaha untuk mendapatkan lagi empat kerusi.

“Jadi saya fikir 70 kerusi adalah memadai bagi kami. Jika dapat lebih, God sent to us.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, sasaran untuk memenangi lebih banyak kerusi juga mampu dicapai sekiranya pengundi Cina kembali kepada BN.

“Saya fikir ia boleh dicapai jika pengundi Cina berubah dari pemikiran tradisional bahawa DAP mewakili kaum Cina.

“Oleh itu apa yang kita perlukan lakukan ialah cuba tangani isu yang dibawa pembangkang,” katanya.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan