PRN Sarawak: DAP Bukan 'Lawan' PKR Di Mambong

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 2:52 PM

Poster calon DAP dan PKR bagi kawasan DUN Mambong dipacakkan bertentangan jalan di pekan Mambong bagi menarik perhatian pengundi.

(Ubah saiz teks)

DI ATAS kertas, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong merupakan satu daripada enam kerusi yang menyaksikan perebutan antara dua sekutu pembangkang - PKR dan DAP.

Terletak hampir 50 kilometer dari Kuching iaitu kira-kira satu jam pemanduan, DUN Mambong adalah nama baharu, sebelum ini ia dikenali sebagai Bengoh.

Selain DAP dan PKR, kerusi Mambong turut ditandingi Barisan Nasional (BN) dan Parti Dayak Kebangsaan (DNP).

Berbanding DAP, wakil PKR dikatakan sebagai pencabar utama bagi BN di kerusi majoriti Bidayuh itu berdasarkan penerimaan masyarakat setempat.

Tinjauan ke sekitar Mambong memberi gambaran yang lebih jelas mengenai empat pilihan yang menanti pengundi di kertas undi Sabtu ini.

BN mempertaruhkan calon langsung daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang juga penyandang kerusi DUN Bengoh, Datuk Dr Jerip Susil.

PKR pula mencalonkan Willie Mongin yang berpengalaman bertanding dalam dua pilihan raya sebelum ini menentang Dr Jerip.

Sementara DAP menurunkan setiausaha politik kepada pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Sanjan Daik manakala John Sireg mewakili DNP.

Rata-rata penduduk Mambong yang ditemui lebih banyak bercerita mengenai isu yang dibangkitkan pembangkang, khususnya berkaitan kos sara hidup dan ekonomi rakyat.

Walaupun tidak menyentuh secara khusus mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun isu kenaikan harga barang membabitkan percukaian menjadi topik utama yang diluahkan pengundi.

Perbualan ringkas dengan penduduk tempatan yang ditemui banyak menyebut mengenai Dr Jerip daripada UPP dan Willie (PKR).

Nama kedua-duanya agak popular di kalangan pengundi.

Dr Jerip adalah wakil rakyat di kawasan itu sebelum Bengoh dipecahkan dan sebahagiannya kini berada dalam DUN baharu iaitu Serembu.

Selepas dipecahkan daripada Bengoh, kawasan Mambong merangkumi Jalan Puncak Borneo bermula dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) sehingga ke sebahagian kawasan Tebiak di pedalaman Padawan yang dahulunya berada di bawah DUN Tarat.

Ia seterusnya meliputi kawasan Siburan sehingga ke Taman Duranda Emas, menjadikan keseluruhan pengundi di DUN Mambong adalah kira-kira 16,000 orang.

Bagi Willie, beliau dikatakan sering ‘tunjuk muka’ di kawasan berkenaan walaupun tewas di tangan Dr Jerip pada 2011.

Bagaimanapun peluang Willie untuk menang di kawasan itu dilihat sedikit terganggu akibat pertindihan kerusi yang ditandingi pembangkang.

Malah tatkala melalui jalan utama Kuching-Serian, pemandu pastinya akan melihat perang poster kedua-dua sekutu pembangkang itu.

Di hadapan jalan masuk ke Taman Duranda Emas, jelas kelihatan papan iklan poster Willie dan Sanjan diletakkan secara berdekatan bagi merayu sokongan pengundi.

Masing-masing berebut untuk mendapat sokongan pengundi walaupun kedua-dua parti menyedari bahawa tindakan mereka itu mungkin mengundang nasib malang dan seterusnya memberi peluang yang lebih cerah kepada BN untuk menang di Mambong.




Tags / Kata Kunci: DUN Mambong , PKR , BN , Willie Mongin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan