DAP Rayu PKR Tarik Diri Di Batu Kitang

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 7:36 PM

Abdul Aziz, calon DAP di DUN Batu Kitang.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: DAP merayu kepada PKR supaya menarik diri daripada bertanding kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang kerana parti sekutu itu tidak mempunyai peluang memenanginya pada pilihan raya negeri, Sabtu ini.

Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa maklum balas di lapangan menunjukkan calon PKR, Voon Shiak Ni tidak mempunyai peluang berbanding calon DAP, Abdul Aziz Isa Marindo, yang juga pembantu khasnya.

Justeru, saya minta dan rayu PKR supaya mengisytihar menarik diri daripada bertanding kerusi ini, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini Rabu.

Selain Voon, Naib Ketua Wanita PKR Kebangsaan dan Abdul Aziz, kerusi Batu Kitang itu menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon BN, Lo Khere Chiang dan dua calon Bebas - Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.

Pada PRN-11, DAP dan PKR mengambil laluan masing-masing selepas gagal mencapai kesepakatan dalam agihan kerusi sehingga menyaksikan kedua-dua parti pembangkang itu bertembung di enam kerusi DUN.

Kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: DAP , PKR , DUN Batu Kitang

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan