Bekas Tonto Dedah Kisah Silam

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 12:02 PM

-fotoTHESTAR/Lim Beng Tatt

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kay (bukan nama sebenar) hanya berusia 20 tahun ketika 'terjun' ke dunia tonto.

Ketika itu Kay terdesak untuk mendapatkan wang untuk membayar denda dan dia berkemungkinan sukar untuk mencari kerja lain, justeru dia mengambil keputusan untuk melakukan pekerjaan ini.

Dia kini yang tidak lagi bergelar tonto berkata pengalamannya telah membuka peluang untuk dirinya melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku dalam dunia tonto.

"Sebagai sub-kontraktor haram, saya telah diberi projek oleh kontraktor utama untuk menimbun tanah ke sebuah tapak pembinaan di Kedah.

"Ia adalah sebidang sawah padi yang bertukar menjadi sebuah pasar raya besar. Itu adalah kejadian lapan tahun lalu.

"Saya hanya mahu memastikan projek saya dapat disempurnakan. Saya mahu mengelak daripada membayar denda yang besar. Untuk melindungi periuk nasi saya, saya menjadi tonto," kata Kay.

Dia berkata kadang kala kontraktor terpaksa membawa barangan melebihi had muatan lori kerana mereka mempunyai bilangan kenderaan yang terhad dan tarikh akhir untuk dipenuhi.

Dia juga berkata, setiap lori mempunyai ciri khas supaya ia boleh dikenal pasti dengan mudah oleh tonto-tonto seperti kombinasi nombor plat khas, pelekat atau cat yang digunakan untuk mengenal pasti lori dari syarikat-syarikat yang membayar wang perlindungan.

"Sebagai contoh, beberapa kepala lori dicat dengan warna putih, dan hijau pada badan dengan garisan kuning. Ada yang dilengkapi dengan antena panjang untuk set radio mereka,'' kata Kay.

Dia berkata syarikat-syarikat lori juga boleh menyewa peralatan untuk mendengar perbualan radio tonto pada kos yang berpatutan antara RM600 hingga RM800 sebulan.

Saluran itu antara lain menyiarkan kawasan sekatan jalan raya, pergerakan kenderaan JPJ dan serbuan yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk pejabat-pejabat tanah.

Menurut Kay, Tonto memegang peranan yang berbeza. Mereka yang memperoleh pendapatan tertinggi antara RM2,500 dan RM3,000 sebulan perlu menunggu di luar ibu pejabat JPJ atau pejabat tanah kira-kira 12 jam sehari, dari pukul 7 pagi -7 malam untuk memantau pergerakan kenderaan penguatkuasa dan mengintip tonto lain.

"Dua kereta atau kadang-kadang motosikal akan bersiap sedia di luar ibu pejabat JPJ supaya mereka boleh mengekori kenderaan pegawai-pegawai apabila mereka keluar," katanya.

Di Melaka, seorang ketua tonto berusia 28 tahun berkata, pelanggan membayar kira-kira 25 peratus daripada keuntungan mereka kepada tonto untuk tugas-tugas yang terdiri daripada menjaga pelanggan yang sukar dikawal dan mengelakkan serbuan.

'Kepakaran' Ah Meng adalah menjaga pusat perjudian haram.

Katanya, dia dan rakan-rakannya hanya cuba untuk 'cari makan'.

Ah Meng berkata Tonto mempunyai cara mereka sendiri untuk mendapatkan maklumat mengenai serbuan. Dia enggan memberikan butiran lanjut.

"Kita mempunyai 'orang' yang sentiasa bersedia dan biasanya kita memberi amaran kepada pelanggan-pelanggan kami jika kenderaan penguatkuasaan dilihat datang ke pusat-pusat hiburan," katanya.

Ah Meng berkata, pasukannya hanya akan bertukar agresif jika serbuan dilakukan terlalu kerap di premis yang 'dijaga' oleh mereka.

"Kebanyakan masa, kita tidak cuba menggunakan kekerasan tetapi beberapa pegawai penguatkuasa juga kurang ajar kepada kami ketika serbuan," katanya.
Tags / Kata Kunci: dunia tonto , tonto

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan