Sultan Kelantan, Selangor Lawat Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf Di Pasir Puteh

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 2:38 PM

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menandatangani plak disaksikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) pada majlis perasmian dan pengurniaan kunci rumah kepada penghuni Desa Alam Shah di Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, Selasa.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf Lembaga Zakat Selangor di Kampung Gong Jenerah, Bukit Awang di sini.

Projek tersebut yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, membabitkan ladang tanaman cili kulai serta pembinaan 30 rumah Desa Alam Shah untuk peserta projek daripada golongan miskin (asnaf).

Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sultan Kelantan berkenan merasmikan majlis perasmian dan Pengurniaan Kunci Rumah Kepada Penghuni Desa Alam Shah tersebut.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut Pengerusi Lembaga Zakat Selangor Tan Sri Syed Anwar Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail berkata seramai 29 peserta yang menyertai projek tanaman cili kulai, kini berjaya memperoleh pendapatan RM1,200 sebulan.

Beliau berkata peserta mengusahakan tanaman itu sejak 2013 membabitkan kawasan seluas 17 hektar.

"Bagi menjayakan projek ini, (setiap) peserta mengusahakan satu ekar (0.40 hektar) dengan tanaman cili kulai," katanya.

Syed Anwar berkata Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf itu melibatkan peruntukan RM8.3 juta daripada Lembaga Zakat Selangor, dibangunkan membabitkan tiga segmen iaitu penempatan berkelompok, pembinaan infrastruktur asas dan projek agroekonomi.

"Bagi pembinaan penempatan penduduk, Lembaga Zakat Selangor, membangunkan 30 rumah setingkat yang mempunyai tiga bilik tidur, dua tandas, ruang tamu serta dapur dengan keluasan 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) di samping kelengkapan perabot asas," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan