Kuasa 'Sarawak Untuk Rakyat Sarawak' Bakal Terjawab Sabtu Ini

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

BERBAKI empat hari sebelum rakyat Sarawak membuat keputusan, ahli politik dan jentera pilihan raya setiap parti mula merancakkan kempen masing-masing.

Bagi yang berkunjung ke Kuching sekarang, kemeriahannya dapat dirasai tatkala melalui jalan-jalan utama di sekitar bandaraya ini dengan bendera dan papan iklan kempen.

Paling ketara perang poster antara #teamAdenan dan DAP yang bertanding di kerusi majoriti Cina.

Namun pada tahap ini kemeriahan secara material itu tidak mencerminkan sikap pengundi terutamanya di kawasan bandar. Pentas ceramah dan majlis politik rata-rata dihadiri penyokong ‘totok’.

Usaha untuk berbual-bual dengan pengundi di kalangan masyarakat Cina juga menjadi sedikit sukar apabila mereka memilih untuk berdiam diri. Situasi yang sama turut diluahkan rakan wartawan berbangsa Cina dari semenanjung. Jelas sekali situasi ini menyukarkan bacaan sikap di kalangan pengundi.

Seorang wartawan senior tempatan menyifatkan situasi berkenaan sebagai normal kerana menurutnya pengundi Cina sememangnya enggan berbicara soal politik melainkan hal ekonomi dan perniagaan.

“Mereka kini berada dalam dilema. Pengundi Cina sebenarnya terkesan dengan kempen “teamAdenan" dan “AdenanFever”.

“Selepas Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri, beliau berusaha keras untuk memenangi hati orang Cina,” katanya.

Pada pilihan raya 2011, sebahagian besar undi masyarakat Cina memihak kepada DAP kerana tidak berpuas hati Tun Abdul Taib Mahmud.

Menurut wartawan senior itu lagi, pengundi Cina bagaimanapun masih membuat pertimbangan khusunya apabila pembangkang memainkan sentimen bahawa satu undi kepada pasukan Adenan bermakna ia adalah undi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu yang dimainkan pembangkang adalah lebih bersifat nasional membabitkan ekonomi termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Keadaan ini yang merumitkan pengundi. Walaupun mereka memberi reaksi baik kepada Adenan, kebimbangan mengenai masa depan mereka bersama BN (Barisan Nasional) masih bermain di fikiran,” katanya lagi.

Malahan, Adenan sendiri menyedari situasi itu.

Dalam satu ceramah di Batu Kawah anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), tanpa menamakan mana-mana individu, Adenan menyatakan kepada masyarakat Cina bahawa beliau bukan ‘pek moh’ yang bermaksud ‘rambut putih’ dalam pelbagai dialek Cina.

“Saya tahu pada masa lalu, masyarakat Cina tidak suka BN, tetapi sekarang sudah berbeza. Beritahu mereka, sekarang bukan lagi 'pek moh', tetapi Adenan,” kata beliau.

Sebelum ini istilah ‘pek moh’ digunakan masyarakat Cina tempatan untuk merujuk kepada imej Taib yang berambut putih.

Selain dilema yang dicetuskan pembangkang menerusi perang sarafnya, Adenan dan pasukannya juga bijak bermain psikologi apabila memberi amaran rakyat Sarawak mungkin dikawal parti dari semenanjung jika memberi undi kepada pembangkang.

Di sinilah slogan ‘Sarawak untuk rakyat Sarawak’ berfungsi merentasi sempadan politik yang akhirnya akan membuka mata pengundi menjelang Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , pek moh , Cina , DAP , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan