PRN Sarawak: Pengundian Awal Bermula 8 Pagi

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 8:01 AM

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memunggah naik kotak-kotak berisi kertas undi menaiki helikopter untuk dihantar ke pusat mengundi di kawasan-kawasan pendalaman Sarawak di Hangar Hornbill Skyways, Isnin. Undi awal bermula Selasa manakala undi biasa pada 7 Mei ini. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) bermula pukul 8 pagi.

Terdapat sejumlah 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka yang boleh mengundi di 79 pusat pengundian.

Sebanyak 33 pusat pengundian akan ditutup pada 2 petang dan selebihnya 46 pusat akan ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut senarai SPR, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan mempunyai jumlah pengundi awal paling ramai iaitu 7,055 orang, diikuti Bukit Sentosa (3,163 pengundi), Nangka (3,043), Batu Kawah (1,241) dan Sri Aman (1,075). 

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan DUN - Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan