Ketepi Perbezaan, Beri Sokongan Padu Kepada Calon BN - Salleh

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 7:49 AM

Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Penyokong BN Sarawak perlu mengetepikan segala perbezaan antara mereka dan memberi sokongan padu kepada kesemua calon parti itu agar mereka menang dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya negeri, 7 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta mereka menterjemahkan sokongan padu itu dalam bentuk undi kepada calon-calon BN dengan turun beramai-ramai pada hari pengundian.

"Tidak kira siapa calon, asal lambang BN beri sokongan penuh," katanya pada majlis jamuan bersama penghulu dan ketua kaum di kawasan Parlimen Miri, Isnin malam.

Salleh berkata, parti pembangkang bukanlah parti pilihan rakyat Sarawak kerana mereka terbukti tidak mampu mentadbir kerajaan.

"Lihat sahaja semasa pilihan raya negeri ke-11 ini, parti pembangkang bertanding sesama sendiri di enam kawasan," katanya.

Salleh berkata, parti pembangkang tidak mempunyai hasrat berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya berminat untuk menjadi wakil rakyat.

Katanya, BN mempunyai struktur yang kuat berbanding pembangkang, dan hanya kerajaan pimpinan BN mampu meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.

Salleh turut meminta penyokong BN di Miri khususnya supaya terus berkempen bagi memastikan sokongan rakyat terhadap parti itu dapat ditingkatkan.

"Saya harap kita semua pastikan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pujut, Piasau dan Senadin dimenangi oleh BN dengan majoriti lebih besar," katanya.

Beliau berkata, Ketua Menteri, Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah banyak melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan perlu mendapat sokongan kuat rakyat untuk kesinambungan pembangunan negeri ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Salleh Said Keruak , Barisan Nasional , BN

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan