Gajah Ditemui Mati Tanpa Gading Di Tasik Pedu

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 11:36 PM

Bangkai seekor gajah dewasa tanpa gading yang ditemui mati dipercayai dibunuh oleh pemburu haram di Charok Jit, Tasik Pedu pada Selasa. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seekor gajah ditemui mati tanpa gading di Charok Jit, Tasik Pedu pada Ahad lalu.

Ia yang tidak diketahui jantinanya dipercayai mati lebih dua minggu sebelum ditemui sekumpulan pemancing, yang disyaki angkara pemburu haram.

Setiausaha Koperasi Persatuan Nelayan, Penternak dan Pelancongan Tasik Pedu, Amir Wahab berkata terdapat kesan mencurigakan pada haiwan tersebut.

"Gading gajah tersebut didapati dipotong oleh pemburu haram dengan menggunakan peralatan profesional," katanya dan menambah pemburu mungkin menggunakan jeti haram di Tasik Pedu untuk memburu gajah yang keluar dari kawasan hutan bagi mendapatkan air.

"Musim El-Nino menyebabkan haiwan liar seperti gajah akan keluar dari hutan untuk mendapatkan air dan ini memberi peluang kepada pemburu haram untuk melakukan kegiatan mereka tanpa diketahui umum," katanya.

Sementara itu Jabatan Perhilitan Kedah berkata mereka masih menyisat kes tersebut.

Tags / Kata Kunci: Gajah Mati , Gading Hilang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan