Banner 'Larang Masuk' Calon DAP Di Bukit Goram

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 9:34 PM

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

KAPIT: Kehadiran calon DAP bagi kerusi baharu Bukit Goram tidak disenangi oleh penduduk setempat apabila ceramah pilihan raya negeri  oleh parti pembangkang di kawasan itu menerima sambutan dingin.

Calon Larry Asap serta jentera pilihan raya parti itu mendapati diri mereka tidak dialu-alukan di beberapa kawasan, seolah-olah penduduk alergik kepada pembangkang.

Malah, ceramah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, untuk meraih undi tidak menerima sambutan bersemangat di pasar di pekan itu pada Selasa.

Di samping itu, kain rentang dengan mesej 'larang masuk untuk Larry dan DAP' kelihatan di beberapa kawasan menuju ke 115 buah rumah panjang dan kawasan penempatan di sana.

"Setakat ini, Larry tidak banyak melawat rumah-rumah panjang dan mengehadkan ceramahnya kepada penduduk bandar sahaja," kata George Tang, seorang anggota majlis, Majlis Daerah Kapit.

Beliau berkata rakyat di sini pada dasarnya takut dengan gaya politik DAP yang mereka anggap boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum sedia ada serta hubungan baik dengan kerajaan memerintah.

"Majoriti pengundi Iban alergik kepada pembangkang kerana mereka mahu lebih banyak pembangunan yang hanya mampu disediakan oleh Barisan Nasional (BN),"katanya yang turut terlibat dalam kempen.

Sebaliknya, George berkata calon BN, Jefferson Jamit ak Unyat bukan muka baharu kepada penduduk di situ kerana sering melakukan kunjungan sejak beberapa tahun lepas dan kini beliau dibantu oleh jentera pilihan raya BN yang mantap.

Kawasan DUN Bukit Goram, yang mempunyai 11,510 pemilih berdaftar, merupakan kawasan pecahan daripada DUN Pelagus dan ia terletak dalam kawasan Parlimen Kapit.

Bagi pemimpin masyarakat Melsyu, Penghulu, Hamzah Bolhassan, rakyat lebih mudah menerima perwatakan Jefferson yang bersuara lembut dan mudah didampingi kerana calon itu dilihat sebagai pelengkap kepada anggota Parlimen Kapit.

Anggota Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi merupakan Timbalan Menteri Kemajuan dan Pembanguan Luar Bandar dan gandingan ini boleh membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan ini, katanya.

"Mereka sebenarnya sepupu dari rumah panjang Nanga Merirai di Baleh.

"Datuk mereka Allahyarham Tun Jugah Barieng adalah seorang pemimpin unggul masyarakat Iban di Sarawak dan Menteri Hal Ehwal Sarawak dalam pentadbiran Almarhum Tuanku Abdul Rahman Al-Haj, perdana menteri pertama negara," katanya.

Hamzah berkata penduduk di situ telah belajar daripada pengalaman pahit apabila kerusi DUN Pelagus diwakili calon Bebas, George Lagong.

"Sejak George (Lagong) menang sebagai calon Bebas, tidak ada dana pembangunan di kawasan ini," katanya.

Mengenai harapan pengundi, Hamzah dan George (Tang) yakin dan bersependapat bahawa mereka akan memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya negeri, Sabtu ini.

Kedua-dua mereka berharap dengan kemenangan BN di sini, kemudahan seperti peluang pekerjaan, jalan akses, bekalan air terawat, akses internet, serta pusat kesihatan dapat disediakan untuk penduduk rumah panjang di kawasan pedalaman. -Bernama

Tags / Kata Kunci: DAP , Dilarang masuk , Bukit Goram

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan