SPR Siap Sedia Pengundian Awal Pada Selasa

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 5:25 PM

Kakitangan SPR membuat persiapan terakhir sebelum bermula pengundian awal pada Selasa di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di Jalan Badruddin. Foto:IZZRAFIQ ALIAS / The Star.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia melaksanakan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11(PRN-11) Selasa, melibatkan 24,604 pemilih di 79 pusat pengundian.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata pengundi terbabit terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka, yang akan mengundi di 100 tempat mengundi di pusat-pusat berkenaan mulai 8 pagi hingga 5 petang.

"Saya berharap perjalanan (pengundian awal) berjalan lancar esok, dan semua pengundi awal akan mengundi di tempat-tempat mengundi yang telah ditetapkan,"katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas.   

Setelah selesai pengundian awal esok, kertas-kertas undi akan disimpan dilokap-lokap polis dan hanya akan dikira mulai 4 petang pada hari pengundian biasa, 7 Mei ini, di tempat-tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR.

Takun juga berkata persiapan SPR menghadapi hari pengundian biasa pada 7 Mei, kini hampir siap sepenuhnya. Hari ini (2 Mei) merupakan penghantaran terakhir kertas undi, dakwat pilihanraya dan kelengkapan bagi pengundian biasa ke kawasan-kawasan pedalaman menggunakan tiga buah helikopter dan dua pesawat 'fixed wing', katanya.

"Sebanyak 41 DUN yang perlu dihantar kelengkapan pilihan raya menggunakan helikopter dan pesawat 'fixed wing' merangkumi zon Sibu, Sri Aman, Miri dan Batu Danau di Limbang," katanya.

Takun turut meninjau proses penghantaran terakhir kelengkapan mengundi itudi hangar Hornbill Skyways, di sini.

Katanya penghantaran menggunakan helikopter melibatkan kawasan Saratok, Sarikei, Pakan, Julau, Kapit, Belaga, Sungai Isap, Tanjung Manis, Bario dan Mukah, manakala pesawat 'fixed wing' menghantar kelengkapan pilihan raya ke Sibu, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang.

Takun berkata kelengkapan pengundian awal esok, telah siap dihantar kepusat-pusat pengundian pada 30 April, manakala untuk undian pos sudah dihantar ke DUN yang terlibat pada 27 April.

Kertas undi, katanya mula dicetak bermula 25 April oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) cawangan Kuching, dan proses cetakan siap pada 30 April.

Bagi kawasan N1 Opar sehingga N37 Bukit Saban, pegawai pengurus pilihan rayaakan mengambil sendiri kertas undi di PNMB cawangan Kuching, katanya.

Menurut daftar pemilih, terdapat 1,113,522 pemilih biasa pada PRN-11.-Bernama

Tags / Kata Kunci: SPR , Pengundian Awal , 3 Mei

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan