Pegawai Imigresen Maut Kemalangan Di Alor Setar

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pegawai Imigresen wanita maut setelah motosikalnya terlanggar seorang pejalan kaki dalam kemalangan berhampiran Masjid Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah, di sini tengah hari Isnin.  

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku pukul 12.50 tengah hari tadi ketika mangsa, Siti Syuhada Ariffin, 32, yang menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Pejabat Imigresen UTC di sini, terlanggar seorang pejalan kaki yang secara tiba-tiba melintas jalan. 

"Mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Kedah ke tempat kerja. Seorang pejalan kaki telah melintas jalan secara tiba-tiba dari pembahagi jalan menyebabkan mangsa gagal mengelak lalu, merempuh pejalan kaki itu. 

"Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di kiri jalan dan meninggal dunia manakala pejalan kaki pula telah tercampak di atas jalan dan cedera parah di kepala," katanya.

Pejalan kaki itu, Md Noh Jusoh, 55, berasal dari Kuala Kedah, turut patah kaki kiri dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan, katanya.

Sementara itu, rakan kepada suami mangsa, Jeffrey Johari, 50, berkata beliau menerima panggilan telefon dari pejabat Imigresen memaklumkan kemalangan berkenaan pada 1.01 tengah hari, sebelum memaklumkan kepada suami mangsa, Sulhaimizan Samsuddin, 32. 

Jeffery yang bertugas bersama Sulhaimizan di Jabatan Penjara Alor Setar berkata, ketika panggilan itu diterima, suami mangsa baharu sahaja hendak memulakan shif kerjanya pada pukul 2 petang. 

"Kami kemudian berkejar ke lokasi kemalangan. Apabila sampai kami lihat muka mangsa tersembam di atas jalan raya dengan kecederaan teruk pada mukanya.

"Siti Syuhada sepatutnya mengambil ujian lesen memandu minggu ini," katanya.

Allahyarham meninggalkan tiga anak, berusia lima bulan hingga lima tahun. 

Jenazah Siti Syuhada dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tawar,Baling. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Maut kemalangan , pegawai Imigresen

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan