Tunggakan Gaji: Pemilik Rayani Air - Pelabur Masih Berunding

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2016 10:35 AM

Ravi Alagendrran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bayaran gaji pekerja Rayani Air yang tertunggak masih belum dibuat berikutan rundingan bersama pelabur berpotensi sedang dijalankan untuk mendapatkan dana, kata pemilik syarikat itu, Ravi Alagendrran.

"Kami masih dalam proses rundingan. Kami ada perjumpaan dengan pelabur-pelabur," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online tanpa mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian selepas kakitangannya pada Sabtu menyuarakan kekecewaan di atas kegagalan Ravi melunaskan tunggakan gaji pekerja walaupun tempoh tuntutan telah dilanjutkan sehingga Jumaat lalu.

Menurut sumber kepada mStar Online, dua perkara utama yang dibincangkan dalam setiap rundingan bersama pelabur berhubung dana ialah gaji pekerja dan kos operasi.

"Kedua-dua ini penting kerana kami prihatin terhadap nasib pekerja dan pada masa sama mahu Rayani Air kembali beroperasi," katanya.

Mengenai usaha Rayani Air untuk mendapatkan dana, sumber itu menegaskan bahawa lesen operasi syarikat penerbangan itu sekadar digantung dan bukan dibatalkan.

"Sehubungan itu, kami berharap semua pekerja dapat memahami keadaan yang dihadapi Rayani Air ketika ini. Sebaik sahaja dapat dana, kami akan bayar gaji pekerja terlebih dahulu," menurut sumber itu lagi.

Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan yang mewakili sejumlah kakitangan itu pada Sabtu berkata, tunggakan gaji kini menjadi dua bulan iaitu bagi Mac dan April.

Tambah Zulkalnain, pihaknya kini dalam proses rundingan bersama peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ravi.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan pergantungan sementara Sijil Operator Udara terhadap syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu selama tiga bulan.



Tags / Kata Kunci: Rayani Air , tunggakan gaji

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan