Tiada Guru Di Terengganu Terlibat Aktiviti Militan Daesh

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 2:25 PM

AHMAD RAZIF

Ahmad Razif Abd Rahman

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiada guru di negeri ini terlibat dengan anasir subversif terutamanya dalam aktiviti militan Daesh setakat ini, kata Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan pegawai kerajaan ataupun sesiapa sahaja sekiranya didapati menyertai kumpulan militan berkenaan.

"Setakat ini alhamdulillah, kita tidak ada dengar guru-guru di Terengganu terlibat dengan anasir-anasir ini (militan Daesh). Kita di peringkat kerajaan negeri seperti yang saya sebut sebelum ini, tidak (akan) berkompromi terutama dengan pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam anasir  ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Kali Ke-22 di sini, Sabtu yang turut dihadiri Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Ahmad Razif berkata bagaimanapun jika terdapat kes rakyat di negeri ini terlibat dengan kumpulan militan itu, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada tanggungjawab pihak keselamatan untuk tindakan undang-undang.

"Dalam soal ini kita serah kepada pihak keselamatan dan pihak perundangan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata seramai 6,000 guru daripada keseluruhan 22,000 guru di Terengganu telah berdaftar menjadi anggota YGMB.

Katanya beliau akan turut memainkan peranan berkempen mempromosikan manfaat YGMB kepada warga pendidik dalam usaha memastikan sekurang-kurangnya 20,000 guru di Terengganu mendaftar sebagai anggota yayasan itu.

"Saya juga akan memainkan peranan membantu kempen mempromosikan (manfaat YGMB), memandangkan saya juga ahli seumur hidup YGMB. Kalau ada di mana-mana program, saya akan sebut (tentang YGMB)," katanya.

Ahmad Razif berkata dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM10 sebulan, guru di negara ini boleh menikmati manfaat mencecah RM70,000.

Manfaat itu terdiri daripada 16 produk sumbangan kebajikan ditawarkan kepada anggota yayasan termasuk khairat kematian, bencana, menyambung pengajian peringkat tinggi dan melahirkan anak.
Tags / Kata Kunci: Daesh , Ahmad Razif Abd Rahman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan