Artis, Personaliti Popular Bakal Gegar Acara Kemuncak 'Glam Digital' APO2016 Malam Ini

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 7:06 AM

Sebahagian daripada kru bertugas melakukan persiapan terakhir menjelang malam kemuncak APO 2016 yang akan disiarkan secara langsung di TV2, malam ini. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya beberapa jam lagi, bakal berakhirnya debaran dan penantian yang selama ini ‘bersarang’ dalam hati  finalis 18 kategori Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) apabila acara kemuncak bertemakan 'Glam Digital' berlangsung tepat pukul 9 malam ini.

Sejumlah 775,161 undi telah diterima sejak pencalonan dibuka sehingga ia ditutup pada malam 27 April lalu.

Bakal disiarkan secara langsung menerusi TV2 RTM, pentas Auditorium Perdana akan meriah dan berseri dengan kehadiran selebriti serta artis-artis popular tanahair.

Sesuai dengan temanya dan era teknologi masa kini, APO2016 boleh ditonton menerusi live streaming di http://apo.mstar.com.my/malam-anugerah.aspx dan saluran TVi (180 Astro) bermula pukul 8.30 malam.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah Aktor dan Aktres Terbaik Pilihan Online, Penyanyi Lelaki dan Wanita Terhebat Pilihan Online, Lelaki Tampan dan Wanita Anggun Pilihan Dnars, Selebriti Komedi Pilihan Online, Grup Pilihan Online, Penyampai Radio Pilihan Online, Bintang Sukan Lelaki dan Wanita Pilihan Online.

Pasukan Sukan Pilihan Online, Ikon Fesyen Pilihan Online, Ikon Niaga Muda Pilihan Online, Blog Pilihan Online, Chef Selebriti Pilihan Online, Selebriti Media Sosial Pilihan Online dan kemuncaknya adalah pengumuman Personaliti Terunggul APO2016.

Nantikan pengumuman siapakah yang bakal memiliki trofi APO2016 bagi semua kategori yang buat julung kalinya diperkenalkan dengan undian adalah 100 peratus menerusi online ini.

Pengasas produk Dnars, Faziani Rohban.

Tambah menarik lagi apabila semua penggiat dunia hiburan, sukan dan juga personaliti gaya hidup termasuk chef terkenal akan melewati karpet ungu sambil menggayakan busana masing-masing mengikut tema yang diketengahkan.

Tidak cukup dengan itu, pentas anugerah juga akan diwarnai dengan persembahan artis-artis baharu dan lama termasuklah Ella, Hazama, Dayang Nurfaizah, One Nation Emcee, Azlan, Adi Putra, Amar Baharin dan ramai lagi.

Kesemua mereka menjanjikan persembahan istimewa menerusi gabungan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu sehinggalah era kini, disesuaikan dengan konsep transformasi digital yang diangkat sebagai nadi majlis.

Celoteh tiga hos berpengalaman, Adibah Nor dan Baki Zainal yang juga deejay Suria FM, selain disokong Awal Ashaari pastinya dapat menghidupkan suasana dan menceriakan penonton, ditambah pula dengan kemunculan beberapa selebriti, artis dan atlet yang akan naik ke pentas sebagai penyampai anugerah.

APO 2016 yang pertama kali diadakan telah mencetuskan kelainan apabila ia dianjurkan oleh portal mStar Online dan Suria FM di bawah Star Media Group Berhad serta dihebatkan penajaannya oleh produk kosmetik dan kecantikan D’nars.

Bercakap mengenai malam kemuncak APO 2016, pengasas D'nars Faziani Rohban mengaku teruja untuk hadir pada anugerah pertama tajaannya yang melibatkan penyertaan pendatang baharu dan nama-nama gah di negara ini.

Faziani yang mengharapkan produk-produknya akan lebih dikenali selepas ini akan tampil dengan busana rekaan pereka ternama Rizman Ruziani yang terkenal dengan rekaan terkini dan moden.

Anugerah ini juga berbeza dengan anugerah lain apabila ia mengiktiraf individu popular di Malaysia mengikut pecahan bidang masing-masing seperti hiburan, sukan, perniagaan, chef selebriti, media sosial dan gaya hidup termasuk ikon fesyen dan usahawan muda di bawah satu bumbung penganjuran anugerah, melalui tiga platform dalam talian - Facebook, Twitter dan Google.

APO 2016 menunjukkan sokongan memberangsangkan daripada pengguna laman sosial apabila proses pencalonan awal bagi mencari lima calon Top 5 setiap kategori yang dibuka pada 3 Mac dan ditutup 31 Mac lalu menerima lebih 200,000 undi, satu angka positif dan mengujakan penganjur.

Tags / Kata Kunci: APO 2016 , Anugerah Pilihan Online

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan