Kerajaan Tidak Akan Naikkan Kadar GST - PM

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan. 

"Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dania akan dikekalkan," katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau pada Sabtu.  

Najib yang beberapa hari berada di Sarawak untuk kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau mendengar khabar angin mengenai kenaikan kadar GST dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan pembohongan pihak pembangkang.

"Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik," katanya.

Najib berkata kerajaan BN sentiasa ikhlas meningkatkan taraf kehidupan Sarawak dan ia jelas terbukti menerusi komitmen kerajaan dalam projek pembangunan seperti Lebuhraya Pan Borneo yang tidak dikenakan tol. -Bernama

Tags / Kata Kunci: GST , Tidak Naik , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan