Dr Zeti Ucap Selamat Tinggal Kepada Media

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 9:52 PM

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara turun bertemu wakil-wakil media di ruang legar Bank Negara Jumaat malam.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan bersara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, keluar daripada mesyuaratnya yang panjang untuk menemui media, dua hari sebelum menamatkan tugasnya sebagai gabenor wanita pertama BNM dan yang ketujuh negara.

Pada jam 7.35 malam, Zeti yang memakai baju kurang biru tersenyum dan melayani media selama lima minit di bank pusat berkenaan.

"Saya masih mengemas barang saya di pejabat. Enam belas tahun punya barang," katanya. 

Ketika ditanya apa perasaan beliau, Zeti berkata: Saya sangat fokus. Saya akan lakukan apa yang perlu saya lakukan. Malangnya saya tidak mempunyai masa untuk bertemu semua kakitangan saya serta bersalam setiap seorang daripada mereka dan berterima kasih atas sokongan mereka."

Zeti, yang bersara pada 30 April telah dipilih sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia oleh majalah Global Finance pada 2009. 

Anak perempuan Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid dan tokoh budaya Allahyarham Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, beliau menyertai BNM pada 1985 sebagai Timbalan Pengurus di Jabatan Ekonomi.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai gabenor pada 2000 menggantikan Tan Sri Ali Abul Hassan Suleiman, menjadikan Zeti wanita pertama memegang jawatan berkenaan.

Sebelum itu, iaitu antara 1979 dan 1984, Zeti berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan dan Latihan Seacern sebagai Penyelidik Ekonomi.

Beliau akan digantikan Datuk Muhammad Ibrahim pada 1 Mei. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan