RM743 Juta Untuk ATM Bina Jalan Di Pedalaman Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 8:11 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat kualiti tar yang digunakan oleh Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia pada pelancaran Projek Jiwa Murni menaik taraf jalan di Skim Rancangan Sepupuk di Niah, Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

MIRI: Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM743 juta untuk pembinaan jalan di kawasan pedalaman seluruh Sarawak di bawah projek Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek itu dilaksanakan oleh Kor Jurutera ATM melibatkan jalan sepanjang 1,223 km.

"Ia dilakukan sama ada menaik taraf bekas jalan balak kepada jalan luar bandar ataupun melakukan jajaran baharu bagi mewujudkan sambungan kepada jalan sedia ada untuk ke kawasan pedalaman khususnya di rumah panjang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek Jiwa Murni ATM menaik taraf jalan di Skim Rancangan Sepupuk di Niah, lebih 80km dari sini.

Ahmad Zahid berkata peruntukan RM743 juta itu merupakan kelulusan khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disalurkan sebahagian besarnya kepada Kementerian Pertahanan, selain Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Ahmad Zahid, bagaimanapun tidak menyatakan bila projek melibatkan peruntukan itu bermula, dan tempoh projek berkenaan.

"Apa lebih penting, rakyat di Sarawak khususnya di pedalaman dapat mengurangkan kos pengangkutan, dan harga barangan keperluan dapat dikurangkan daripada harga yang tinggi.

"Sebagai contoh gas memasak, dulu berharga RM50 setong, kini antara RM24 dan RM28 setong. Indeks harga pengguna yang rendah disumbangkan oleh kos pengangkutan yang dikurangkan melalui tempoh perjalanan yang berkurangan,"katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata dengan adanya jalan yang baik, status ekonomi di kawasan sekitar projek Jiwa Murni itu boleh dipertingkatkan.

"Kegiatan ekonomi seperti aktiviti pertanian oleh penduduk setempat...dulu susah untuk dipasarkan ke luar, tetapi dengan adanya jalan ini, ia mencapai tahap kebolehpasaran yang tinggi.

"Bila tiba hari perayaan seperti Krismas dan Tahun Baru, dulu perjalanan yang memakan masa berhari-hari atau berpuluh-puluh jam menggunakan kenderaan berat, motosikal atau berjalan kaki. (Tetapi kini) kampung yang dibina jalan Jiwa Murni akan membolehkan anak-anak balik ke kampung menaiki kereta sendiri," katanya.

Projek Jiwa Murni ATM bermula sejak 2009.-Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan