'Raja Sarang Burung' Perjelas Mengapa Perlu Bertanding Di Batu Kawah - Berita Semasa | mStar

'Raja Sarang Burung' Perjelas Mengapa Perlu Bertanding Di Batu Kawah

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 10:39 AM

Liu Thian Leong.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: "Kembalikan Sinar Batu Kawah" menjadi slogan kempen bagi calon bebas, Liu Thian Leong di Batu Kawah.

Nama ahli perniagaan itu dalam bahasa Cina juga kedengaran seperti "langit di waktu terbitnya fajar".

Thian Leong memberitahu The Star dalam satu temuramah berkata, beliau berjaga sehingga menjelang siang pada hari penamaan calon pilihan raya negeri Sarawak selepas diminta Perdana Menteri supaya tidak bertanding di Batu Kawah.

Thian Leong yang bersama dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau supaya tidak bertanding melawan Datuk Dr Sim Kui Hian dari Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden SUPP. 

Beliau berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut berada dalam pertemuan itu di Hotel Hilton di Kuching.

Thian Leong yang juga dikenali sebagai "raja sarang burung" dilihat bertanding di Batu Kawah bagi mengecilkan peluang kemengangan Dr Kui Hian supaya SUPP akan ditinggalkan sebagai sebuah parti tanpa ketua.

"Saya hormat PM, beliau seorang yang 'gentleman' tetapi saya tidak mahu mengecewakan penyokong-penyokong saya. Saya perjelaskan mengapa saya adalah calon yang lebih baik. Saya beritahu beliau bahawa jika saya tidak pertahankan pendirian, SUPP tidak akan mendapat manfaatnya. Pengundi-pengundi akan sokong DAP," katanya.

Pertandingan tiga penjuru berlaku di Batu Kawah antara Thian Leong, Dr Kui Hian dan penyandangnya, Christina Chiew dari DAP.

Tags / Kata Kunci: Liu Thian Leong , Batu Kawah
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan