Lenggok Bidayuh Iringi Rentak Kempen PRN Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

TARIAN tradisional sememangnya menyimpan pelbagai maksud tersirat disebalik rentak dan lenggok si penari.

Ianya sukar ditafsirkan jika warisan nenek moyang itu tidak dihayati dan didalami secara serius. Keindahan seni persembahannya lebih mempersonakan apabila ia ditarikan dengan iringan muzik klasik.

Kunjungan ke Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang pastinya kurang lengkap jika tidak berpeluang menyaksikan tarian tradisional pelbagai etnik di negeri ini.

Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang mula dibuka tirai pada Isnin lalu, rezeki kumpulan kesenian dan kebudayaan tempatan juga semakin ‘kencang’ ekoran permintaan tinggi oleh parti-parti politik untuk menggunakan khidmat mereka.

Bagi Roselin Akiat serta ahli Kumpulan Tarian Suba Buan, mereka menerima banyak permintaan daripada ‘orang politik’ untuk membuat persembahan di pelbagai majlis yang dihadiri kenamaan.

Malah gadis dari suku kaum Bidayuh berusia 20 tahun itu berkata, permintaan turut diterima dari kawasan Kuching, Sibu malah hingga ke Miri.

“Kami akan pergi ke mana sahaja jika ada pihak yang mahukan khidmat penari tradisional.

“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini kami menerima banyak jemputan walaupun kempen pilihan raya baharu bermula,” katanya ketika ditemui di Dewan Suarah, Bau.

Roselin dan anggota kumpulannya ditemui ketika hadir membuat persembahan sempena menyambut ketibaan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di majlis pemimpin bersama rakyat bersama pengundi Dewan Undangn Negeri (DUN) Tasik Biru.

DUN Tasik Biru menyaksikan saingan tiga penjuru antara Datuk Henry Harry Jinep (SPDP), Mordi Bimol (DAP) dan Johnson Bilok (DNP).

Mula terlibat dalam seni tarian sejak kecil, anak muda ini gembira kerana berpeluang mempromosikan budaya Sarawak khususnya daripada masyarakat Bidayuh kepada ‘pelancong pilihan raya’ khususnya dari Semenanjung.

Selain tarian masyarakat Bidayuh seperti Rajang Beuh yang ditarikan selepas musim menuai atau menyambut tetamu, kumpulan tarian dari Kampung Suba Buan, Bau itu turut menarikan pelbagai tarian tradisional lain mengikut permintaan.

Bagaimanapun, Roselin berharap kehadiran pelancong musim pilihan raya ini tidak mencemari imej dan budaya rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Hormatilah cara hidup kami di sini dan nikmatilah keunikan budaya, adat resam dan keenakan makanan yang ada di Sarawak,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan