KL Akan Jadi Antara Bandaraya Paling Terhubung Di Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 12:06 AM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggerakkan inisiatif untuk Kuala Lumpur menduduki ranking satu daripada sepuluh teratas di dunia sebagai bandaraya paling terhubung di dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bandaraya paling terhubung bukan sahaja bermakna kelajuan internet yang pantas tetapi bandaraya yang menggalakkan inovasi, pelancongan dan membantu ekonomi tempatan melalui pelbagai saluran.

Untuk mencapai sasaran ini, DBKL akan melancarkan tiga bidang fokus utama yang dipercayai, secara kolektif, akan memberikan hasil seperti dikehendaki.

Bidang-bidang fokus ialah meningkatkan sambungan jalur lebar, aplikasi berteraskan web dan e-perkhidmatan serta kemudahan (IT) dan sumber teknologi maklumat (IT).


"DBKL yakin mengenai asas yang diperlukan untuk mencapai sasaran ini.Oleh itu, kami ingin memainkan peranan utama ke arah mencapai hasrat ini," kata beliau dalam satu kenyataan.

Tengku Adnan berkata, DBKL komited dalam memastikan semua segmen penduduk sama-sama mendapat manfaat daripada kemajuan dalam teknologi ini dan akan menekankan tentang pentingnya memastikan perkhidmatan ICT untuk keperluan pelancong, golongan miskin bandar dan kerajaan.

Beliau berkata, bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan, DBKL akan memainkan peranan lebih proaktif dari segi tadbir urus dan pematuhan sebagai cara untuk meningkatkan keseluruhan industri dalam satu  program.

"Oleh itu, penguatkuasaan yang lebih ketat akan memudahkan pelaksanaan inisiatif tahap makro yang akan memberi manfaat kepada seluruh industri dalam jangka panjang," kata beliau.

Di samping itu, DBKL juga akan mengkaji untuk menaik taraf dan menyeragamkan pelbagai infrastruktur ICT dalam kawasan bandar.
Ini akan membantu memastikan penggunaan infrastruktur ICT secara mampan di  bandar tanpa menjejaskan estetika bandar, katanya.

"DBKL juga akan memastikan semua struktur dikerahkan dalam cara yang tidak menyebabkan apa-apa implikasi kesihatan atau keselamatan kepada orang awam, selaras dengan dasar DBKL semua segmen untuk memastikan amalan kesihatan dan keselamatan yang dipatuhi pada keutamaan paling tinggi," katanya.

Tengku Adnan berkata, DBKL akan mula mendekati jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memulakan usaha kolaborasi untuk meraih sokongan dan kepakaran yang diperlukan untuk memastikan inisiatif ini menjadi kenyataan.

"DBKL juga akan bebekerjasama dengan pihak berkuasa terkemuka di peringkat global untuk mendapatkan perspektif antarabangsa dan yakin ia dapat menjadikan  inisiatif ini satu realiti yang akan memberi manfaat kepada bandaraya, penduduk dan negara secara keseluruhan," tambahnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan