Kepentingan Setiap Kaum Dipelihara - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat harus memahami meskipun kepimpinan negara perlu mempunyai komposisi yang pelbagai, ia harus diterajui berdasarkan sistem pentadbiran yang sudah melalui proses pematangan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ia juga perlu berlandaskan sistem sosial yang dirangka tokoh-tokoh pengasas negara iaitu memelihara hak kepentingan setiap kaum dan menghormati adat resam agama.

Beliau berkata sensitiviti kaum juga perlu dijaga selain perkongsian kekayaan dan kuasa.

"Kerajaan hari ini sudah lama faham akan perkara-perkara ini dan kerana itulah Malaysia kekal harmoni dan pesat membangun.

"Oleh sebab itulah kerajaan kini tiada lagi perselisihan ideologi dalaman yang serius sekaligus membolehkan kami menumpukan kepada pembangunan negara dan berkhidmat kepada rakyat," katanya menerusi catatan terbaru bertajuk 'Teras Keharmonian Masyarakat' dalam blog beliau, www.najibrazak.com, Jumaat.

Najib berkata teras keharmonian masyarakat juga sangat bergantung kepada struktur pentadbiran negara.

"Sejak berdekad lamanya, Malaysia kekal aman kerana kerajaan dibarisi pemimpin daripada pelbagai kaum yang mampu bekerjasama antara satu sama lain.

"Kita perlu sedar bahawa sesebuah pasukan walaupun diwakili individu daripada pelbagai kaum, adat, agama tidak semestinya boleh bekerjasama," kata beliau.

Perdana Menteri berkata kepelbagaian yang tidak berlandaskan persefahaman sosial tidak akan mampu melahirkan suasana kerjasama seperti yang dilihat dalam kempen sesetengah pihak menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan