Kempen PRN-11 Terkawal

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kempen pada Pilihan Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) berjalan lancar dalam suasana aman walaupun beberapa insiden kecil melibatkan kerosakan poster kempen parti yang bertanding.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka daripada 32 laporan polis diterima setakat ini sejak kempen bermula sebaik sahaja selesai hari penamaan calon, Isnin lepas.

Katanya daripada jumlah kes dilaporkan, 10 kes akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan susulan.

Kebanyakan kes adalah berhubung tindakan merosakkan poster dan masing-masing satu kes pecah kereta dan pergaduhan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggotanya di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, di Batu Kawah, dekat sini, Jumaat.

Menyentuh mengenai 20 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas pada PRN-11, Khalid berkata setakat ini kawasan itu masih dalam keadaan terkawal dengan tambahan jumlah anggota keselamatan di kawasan-kawasan berkenaan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PRN-11 , Sarawak , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan