Gangguan Bekalan Air Di Klang, Kuala Langat Esok

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna di beberapa kawasan di Klang, dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara esok kerana kerja penggantian untuk menaik taraf kelengkapan bagi menambah baik sistem agihan air.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan pada Jumaat berkata, kerja penggantian akan dijalankan dari 4 pagi hingga 8 malam.

"Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 12 jam sehingga 72 jam bergantung pada jarak premis dari kolam takungan air," menurut kenyataan itu.

Sebanyak 54 kawasan di Klang yang terlibat adalah Sobena Jaya, Pandamaran, Taman Radzi/Telok Gadong Besar, Telok Gadong Besar, Telok Gadong Kecik, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, Flat Telok Gedung Indah.

Kawasan rumah teres Telok Gedung Indah B, kawasan perumahan Taman Berembang, Flat Pandamaran Indah, kawasan perumahan Pendamar Indah, Jalan Tengku Badar dan Jalan Kastam/Jalan Sg Keladi, Jalan Kem.

Jalan Raya Barat, Taman Selatan, Taman Petaling Indah, Taman Palm Grove, Taman Chi Liung, Taman Gembira, Taman Seri Andalas, Taman Melawis, Bukit Tinggi 1 dan Bukit Tinggi 2, Bandar Botanik, Ambang Botanik, Bayu Emas dan Bandar Parkland. 
Kerja menaik taraf ini juga akan melibatkan Glenmarie Cove, Bandar Puteri, Bandar Putera 2, Taman Bayu Perdana, Taman Rakyat Andalas, Taman Andalas Permai, Bandar Bestari Jaya, Jalan Seri Sarawak 14 hingga 21, Taman Seri Andalas, Taman Sentosa, Taman Klang Jaya, Taman Desawan, sebahagian Jalan Johan Setia.

Bayu Tinggi, Pandamaran, Kampung Pendamar, Glenn Cruise, Westport, Kota Pendamar, Taman Teluk Gedung Indah, Pulau Ketam, Pulau Indah Fasa 1, Pulau Indah Fasa 2, Kampung Pulau Indah, Laguna Park, Kampung Telok Gong, Taman Armada Putera dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Sebelas kawasan di Kuala Langat yang terlibat ialah Batu 7 Sijangkang, Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana, Taman Permai Sijangkang, Taman Sijangkang Indah, Taman Medan Indah, Taman Perwira, Taman Sijangkang Jaya dan Taman Sri Medan. 

Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi ketika tempoh gangguan bekalan air sementara ini.

Syabas juga akan membuat penghantaran khas bekalan air ke hospital, pusat dialisis dan pelanggan kurang upaya.

Pelanggan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara akan dimaklumkan melalui Whatsapp, akaun Twitter dan Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Puspel), laman web www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar MySyabas.
Tags / Kata Kunci: gangguan air , Syabas

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan