Terengganu Tunggu Kertas Cadangan 'Islamic School' Dr Zakir Naik

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 9:12 PM

Ribuan orang menghadiri ceramah bertajuk "Pilihan Orang Islam, Dakwah Atau Kemusnahan" yang disampaikan penceramah Dr Zakir Naik melalui skrin gergasi di Padang Astaka Kemaman 14 April lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Kerajaan negeri Terengganu masih menunggu kertas cadangan pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik berhubung hasrat awal untuk membangunkan sekolah berkonsepkan Islam atau 'Islamic School' di negeri ini.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata buat masa ini, belum ada keputusan berhubung cadangan itu kerana kerajaan negeri mahu meneliti cadangan itu secara keseluruhannya.

"Beliau perlu mengikut prosedur permohonan tanah seperti biasa di Tasik Kenyir (dan) perlu memohon dari Pejabat Tanah Hulu Terengganu, seterusnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk aspek teknikal dan kemudian dibawa ke mesyuarat Exco.

"Jadi, permohonan ini akan diluluskan dalam mesyuarat Exco, bukan Menteri Besar. Saya tidak ada kuasa eksklusif untuk meluluskan permohonan tanah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Terengganu Halal Business Center dan Karnival Usahawan Anak Terengganu 2016 di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud dan Pengarah Urusan Sabasun Hyper RuncitSdn Bhd Che Salmi Che Ibrahim.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri melihat cadangan itu akan memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di Terengganu memandangkan pendakwah itu mempunyai ramai pengikut selain projek itu selaras hasrat kerajaan negeri menyuburkan dakwah dan syiar Islam di Terengganu.

"Ketika ini, beliau telah pun mempunyai Islamic School di Mumbai, India untuk melatih lebih ramai pendakwah sepertinya. Saya difahamkan, enam rakyat Terengganu turut menerima latihan di sekolah itu," katanya.

Dr Zakir Naik mengadakan syarahan umum di lima lokasi di Terengganu baru-baru ini. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan