Tiada Sekatan Debat Antara Tokoh Agama - Asyraf Wajdi

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menyekat sebarang program debat berkaitan agama selagi ia mematuhi undang-undang dan peraturan, Dewan Negara diberitahu, Khamis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perdebatan mengenai sebarang perbezaan pendapat perlu dibuat dengan tujuan mencari kebenaran.

"Di peringkat kerajaan, tiada sebarang sekatan selagi dalam lingkungan undang-undang dan peraturan.

"(Tetapi) kita tidak mahu ia mencetuskan mainan emosi dan memutuskan silaturrahim sesama umat Islam di negara ini," katanya menjawab soalan tambahan Senator Abdul Shukor Mohd Sultan yang meminta penjelasan sama ada trend berdebat antara tokoh agama yang berbeza pendapat merupakan sesuatu yang sihat.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata antara langkah kerajaan untuk memastikan perpaduan ummah terus diperkukuhkan adalah melalui penubuhan Institut Wasatiyyah Malaysia dan memperkenalkan konsep wasatiyyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan berimbang sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.

Selain itu, kerajaan turut memperkasakan peranan Badan Perundingan Islam yang ditubuhkan pada 1982 sebagai badan pemikir dan penasihat kepada kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan dan pembangunan negara terutama dalam hal ehwal Islam. 

"Dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam ke arah mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, kerajaan telah memperkemaskan sistem pengurusan dasar, fatwa, garis panduan dan sumber rujukan berkaitan hal ehwal Islam sebagai panduan," katanya. -- Bernama


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan