PDRM Tempatkan Pegawai Bantu Jais Dalam Operasi Penguatkuasaan

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 3:47 PM

Othman Mustapha.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan pegawainya di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membantu agensi itu menguatkuasakan undang-undang syariah mulai 1 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata penempatan dua pegawai dan seorang sarjan itu dibuat menerusi projek perintis yang akan berjalan selama setahun.

"Kes ancaman akidah seperti Syiah dan ajaran sesat, konflik berkaitan perundangan syariah, isu gejala sosial dan persoalan hak kebebasan kini semakin kompleks.

"Oleh itu, sokongan dan khidmat profesionalisme daripada PDRM bagi membantu jentera penguatkuasaan Jais dalam mengendalikan kes syariah adalah amat kritikal dan tepat pada masanya," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Pegawai PDRM kepada Jais di sini Khamis.

Turut hadir Pengarah Jais Datuk Haris Kasim dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Mengulas lanjut, Othman berkata dalam tempoh setahun ini, penempatan polis secara jawatan kader di Bahagian Penguatkuasaan Jais akan dipantau dari segi impak dan akan dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa.

"Kita berharap kerjasama antara PDRM dan Jais ini akan dapat diperkukuh dan seterusnya diperluaskan ke jabatan agama Islam negeri lain pada masa akan datang," katanya.

Menurut beliau, penempatan pegawai polis di jabatan agama Islam negeri adalah cetusan idea Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri pada 2013.

Sementara itu, Zulkifli berkata dalam projek perintis tersebut, PDRM menempatkan masing-masing seorang pegawai berpangkat Asisten Superintenden, Inspektor dan Sarjan dari pelbagai jabatan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing termasuk agama.

Beliau berkata tiga pegawai polis ini akan membantu Jais memberi khidmat nasihat serta berkongsi kepakaran masing-masing untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan.

"Tiga pegawai ini juga mungkin akan terlibat sama semasa pihak penguatkuasaan menjalankan operasi. Selain itu, mereka boleh gunakan jaringan untuk dapatkan bantuan lebih anggota polis sekiranya diperlukan dalam sesuatu operasi," katanya.

Haris pula berkata kerjasama daripada PDRM itu akan membantu memantapkan lagi operasi penguatkuasaan Jais dan mempercepat proses penyediaan dokumen siasatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jais , Jakim , PDRM , operasi penguatkuasaan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan