Mandat Rakyat Sarawak Pastikan Agenda Pembangunan Diteruskan - PM

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 3:30 PM

Najib melihat batu asas yang dirasmikan oleh Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein, 13 November 1966 ketika melakukan tinjauan mesra di Kampung Triboh yang juga dikenali sebagai Kampung Tun Razak Bukit Semuja, Serian, pada Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang untuk meneruskan agenda pembangunan yang masih belum selesai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata agenda itu tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat, dan ia memerlukan perancangan rapi oleh kerajaan pusat dan negeri.

"Justeru, dalam pilihan raya Sarawak ini, penting bagi rakyat terus memberi sokongan kepada BN khususnya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bagi mendapatkan mandat dan meneruskan pembangunan.

"Sarawak akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Semenanjung Malaysia. Oleh itu, saya komited untuk meluluskan pelbagai peruntukan dan melaksanakan projek pembangunan seperti Lebuhraya Pan Borneo dan sebagainya di Sarawak sebelum ini," katanya.

Najib berucap selepas melakukan tinjauan mesra di Sekolah Kebangsaan St Jude Bunan di sini, kira-kira 80km dari Kuching, Khamis.

Turut hadir Anggota Parlimen Serian yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup, Martin Ben.

Najib menarik perhatian bahawa kerajaan komited dalam menunaikan janji agenda pembangunan yang digariskan, dan ia bukan janji kosong seperti yang ditawarkan pembangkang.

"Janganlah termakan dengan janji pembangkang. Rakyat tidak mahu janji kosong pembangkang. Janji mesti ditepati. Siapa boleh tepati?" soalnya sambil disambut jeritan 'BN' oleh orang ramai.

Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan bangunan baharu Gereja St Jude di sebelah sekolah itu, selain peruntukan tambahan RM1 juta daripada kerajaan negeri.

"Inilah RM2 juta antara kerajaan pusat dan negeri melambangkan kerjasama yang erat BN. Saya percaya kita berlaku adil atas prinsip kebebasan beragama di negara ini.

"Kerajaan BN menghormati budaya dan agama setiap kaum di negara kita," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Barisan Nasional , Adenan Satem , PRN Sarawak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan