Logo Kuala Lumpur Masih Boleh Diperkemas Lagi - Datuk Bandar

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 4:19 PM

Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penjenaman baharu dan tagline Kuala Lumpur masih boleh diperkemas lagi, tegas Datuk Bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Beliau berkata idea mencipta logo Kuala Lumpur itu bukan dilakukan oleh seorang sahaja.

Perkara itu dibincangkan oleh anggota Biro Pelancongan Kuala Lumpur yang merupakan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan.

"Buat permulaan, masih banyak lagi perancangan untuk mempromosi logo itu, ia akan ambil bertahun-tahun untuk memantapkan logo berkenaan.

"Kami mengambil sikap terbuka untuk menambah baiknya, warnanya boleh ditukar dan sesiapa yang mempunyai idea memperbaiki logo itu, boleh menghantar cadangan kepada saya supaya dapat dikemukakan kepada biro tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) antara kontraktor seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, Khamis.

Mhd Amin berkata demikian sebagai mengulas kritikan netizen terhadap logo baharu Kuala Lumpur yang dilancarkan pada 25 April lepas yang dianggap reka bentuk murahan serta memalukan.

Logo baharu dan tagline untuk mempromosikan pelancongan di Kuala Lumpur itu mencetuskan kritikan di media sosial yang mempersendakan reka bentuk serta perkataan yang digunakan untuk menggambarkan bandar raya ini.

Reka bentuk ringkas dengan perkataan 'Kuala Lumpur' menggunakan warna kelabu, menggambarkan bandar raya sebagai 'menyeronokkan, menguja dan menarik' selain menjenamakan ibu kota sebagai 'Bandar Raya Kontras dan Kepelbagaian.

Pengguna internet pantas mengejek inisiatif baharu promosi pelancongan itu.

Komen dalam artikel TimeOut yang mahukan maklum balas pembaca terhadap logo itu, mendapat reaksi yang kebanyakannya negatif, dengan satu komen daripada Justin Y menggambarkan logo tersebut begitu teruk.

Sementara itu, 44 kontraktor di bawah Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan DBKL, menandatangani CIP yang dianggap pencapaian penting untuk DBKL sebagai menandakan ikrar dua pihak yang tidak mahu melakukan perbuatan rasuah.

Ikrar itu adalah selaras dengan objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam memerangi rasuah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: logo , tagline , Kuala Lumpur

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan