Lima Ditahan Ancam Keselamatan, Kedaulatan Sabah - Nur Jazlan

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 5:00 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri sedang memantau dan menyiasat mereka yang dipercayai terlibat dengan aktiviti meluaskan pengaruh Kesultanan Sulu di Sabah.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu Dewan Negara hari ini, setakat ini lima individu dari Sabah berjaya ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negeri itu.

"Lima telah ditangkap dan kita sedang siasat mereka yang terlibat. Kita lakukan pengumpulan maklumat risikan yang amat mendalam di Sabah, dan sentiasa berwaspada mengenai tindakan kumpulan pengganas ini kerana mereka pernah menyerang negara kita," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Chin Su Phin yang ingin tahu tindakan kerajaan terhadap pengganas Sulu yang dipercayai melantik 'panglima' di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam usaha membentuk semula Kesultanan Sulu di negeri itu.

Pendedahan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu.

Nur Jazlan berkata kerjasama erat dengan agensi perisikan Sabah juga dilakukan bagi memastikan maklumat dikongsi dan tindakan boleh diambil dengan segera.

Katanya kerjasama perkongsian maklumat dengan agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan masyarakat juga sedang dilaksanakan bagi mengekang aktiviti keganasan di Sabah.

"Kerjasama semua pihak ini adalah amat penting supaya aktiviti pihak yang berniat menimbulkan kekacauan di Sabah dapat dikekang lebih awal, sekali gus menyekat hasrat mereka untuk menjejaskan kedaulatan negara," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan