Krisis Politik Terengganu Kembali Reda

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 10:01 AM

Ahmad Razif Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Krisis politik yang tercetus akibat penarikan balik darjah kebesaran yang dikurniakan Istana Terengganu kepada Menteri Besar nampaknya telah reda.

Sumber dalam kerajaan negeri berkata Ahmad Razif Abdul Rahman seperti biasa menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu untuk memaklumkan perkembangan mesyuarat Exco.

Menteri Besar kebiasaannya akan memaklumkan kepada sultan di negeri masing-masing mengenai keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco dan membincangkan hal pentadbiran negeri.

Wartawan yang tidak mengetahui beliau menghadap Sultan Mizan di istana, menunggu di Wisma Darul Iman sejak pukul 8.30 pagi.

Kira-kira pukul 9.30 pagi kenderaan rasminya memasuki kompleks kerajaan dan Ahmad Razif tersenyum dan menyapa pemberita tetapi tidak memaklumkan mengenai beliau menghadap Sultan Mizan.

Semua sembilan ahli exco turut hadir pada mesyuarat tersebut.

Pada malam Rabu, Ahmad Razif turut berada di istana untuk menghadiri tazkirah disusuli dengan solat maghrib dan isyak.

Menurut kenyataan rasmi daripada istana pada Isnin, Ahmad Razif sah dilucutkan semua darjah kebesaran termasuk gelaran "Datuk Seri" yang dikurniakan oleh Sultan Mizan berkuat kuasa 22 April lalu.

Pelucutan itu menyebabkan timbul spekulasi bahawa beliau telah menyinggung perasaan sultan.

Difahamkan sebaik sahaja menyerahkan segala gelaran kebesarannya pada Jumaat lalu, Ahmad Razif berlepas ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Sumber dalaman kerajaan negeri berkata beliau menawarkan diri untuk melepaskan jawatannya tetapi ditolak Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang sibuk berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau akan menghadap Sultan Terengganu bagi membincangkan krisis tersebut.

Ahmad Razif turut memberitahu pemberita pada Rabu bahawa beliau menyerahkan perkara itu kepada perdana menteri.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri mendedahkan Ahmad Razif berkata beliau akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat berhubung masa depannya sebagai Menteri Besar.

Mohd Jidin berkata Ahmad Razif juga meminta semua ahli exco untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

"Beliau beritahu kami untuk teruskan tugas sebagai wakil rakyat dan beliau akan menerima apa sahaja keputusan selepas pertemuan perdana menteri dengan Sultan Mizan.

"Bagi pihak kami, kami akan memberikan sepenuh sokongan kepada beliau sehingga keputusan mengenainya dibuat," kata Mohd Jidin.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan