PRN SarawaK: Kek Lapis Dapat Sambutan Hangat

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 8:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kek lapis sejenis kuih pemanis mulut yang popular di Sarawak mendapat sambungan hangat menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11).

Peniaga kek tersebut tidak menang tangan apabila berlakunya peningkatan luar jangka terhadap kuih pemanis mulut itu.

"Penjualan melonjak kira-kira 20 peratus kerana peningkatan bilangan pelanggan," kata Pengurus Mira Cake House, Nur Fariza Junaidi.

Nur Fariza berkata seorang penggemar kek tersebut membelanjakan kira-kira RM600 untuk membeli kek berkenaan yang mahu dibawa pulang ke Semenanjung.

"Perniagaan berada dalam keadaan baik kerana pilihan raya negeri ini. Lebih ramai orang datang dan kami menjangkakan penjualan meningkat menjelang beberapa minggu akan datang," katanya.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut membuat kunjungan mengejut ke kedai tersebut semasa melakukan walkabout di Kampung Boyan di sini, malam Ahad.

Kek lapis merupakan kes tradisional Sarawak yang dikenali kerana rasanya yang enak dan dihasilkan dengan pelbagai warna.

Setiap kek yang terhasil mempunyai perasa yang berbeza.

"Antara yang paling popular adalah kek masam manis yang dibuat menggunakan asam keping, 1Malaysia dihasil menggunakan buah strawberi dan keju serta Sayang Sarawak yang terhasil daripada campuran koko dan buah strawberi," katanya.

Kedai kek tersebut turut menghasilkan kek lapis unik seperti Tun Razak yang dibuat menggunakan adunan pandan dan coklat.

Terdapat juga kek lapis perasa Nescafe dan Milo.

Nur Fariza berkata kedai tersebut turut menerima permintaan khas untuk menghasilkan kek lapisan menggunakan warna Barisan Nasional.

"Susulan saiz kek itu yang besar, harganya mencecah antara RM300 dan RM400," katanya.

Kebanyakan kes lapis yang dijual di Mira Cake House berharga RM10.

Tags / Kata Kunci: kek lapis , PRN Sarawak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan