Adenan Mampu Laksana Banyak Lagi Inisiatif Jika Dapat Mandat Besar - PM

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 11:39 AM

Najib beramah mesra bersama penduduk ketika melakukan tinjauan mesra di Pekan Siburan pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem telah melaksanakan banyak inisiatif sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam tempoh dua tahun lepas dan mampu melakukan lebih lagi jika diberi mandat besar memimpin negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata sejak memegang tampuk kepimpinan negeri ini pada Februari 2014, Adenan telah mengumumkan banyak dasar yang mesra rakyat dalam tempoh yang agak singkat.

"Tidak adil kalau dia (Adenan) diberi dua tahun sahaja. Rakyat mesti berikan dia lima tahun lagi (untuk terus melaksanakan banyak lagi inisiatif)," katanya ketika berucap pada program Sembang Santai di pekan Siburan, kira-kira 35km dari sini, Khamis.

Beliau berkata antara dasar yang telah dilaksanakan oleh Adenan dalam tempoh dua tahun ini, termasuklah pemansuhan tol jalan raya dan cukai tanah pertanian serta perumahan yang telah memberikan impak besar kepada rakyat.

"Saya dan Tok Nan (Adenan) telah membuat aku janji untuk membawa lebih banyak lagi pembangunan untuk Sarawak," katanya.

Najib berkata perbalahan semakin ketara dalam kalangan parti menganggotai pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, seharusnya menjadi iktibar kepada rakyat untuk terus memilih Barisan Nasional (BN) memimpin Sarawak.

"Pada Januari lepas, DAP, PKR serta Amanah (Parti Amanah Negara) telah membuat aku janji untuk meletakkan satu calon sahaja (bagi setiap kawasan untuk menentang BN) tetapi hari ini, janji tinggal janji sahaja.

"Pembangkang sudah tidak bersatu hati sekarang dan bertembung sesama sendiri di enam kerusi. Mereka tidak ada kerjasama dan tidak mungkin dapat menubuhkan kerajaan yang stabil di Sarawak," katanya.

Pada majlis itu, Najib sebagai Pengerusi BN turut mengisytiharkan sokongan penuhnya kepada pencalonan Datuk Dr Jerip Susil sebagai calon langsung BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, yang sebelum ini dikenali sebagai DUN Bengoh.

Beliau berkata pencalonan Dr Jerip, berketurunan Bidayuh yang merupakan  antara kumpulan minoriti di Malaysia, membuktikan BN mengamalkan prinsip  inklusif untuk memberi peluang kepada semua kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran negara. - BERNAMA



Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , Najib Tun Razak , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan