Adenan Sentiasa Perjuang Kehendak Rakyat - Salleh

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 5:29 PM

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

SIBU: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem disifatkan sentiasa memperjuangkan kehendak rakyat negeri ini yang mahukan pembangunan di luar bandar dan bukan sahaja tertumpu di bandar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata sejak mengambil tampuk kepimpinan negeri, Adenan telah mengambil banyak pendekatan selari dengan kehendak rakyat dan terbukti mendapat sokongan daripada penduduk Sarawak.

"Dia (Adenan) berjuang untuk orang Sarawak dalam menentukan kepentingan Sarawak dalam Malaysia tidak dipinggirkan agar negeri ini diberi keutamaan, dan apa-apa janji yang kita buat semasa menubuhkan negara Malaysia harus ditunaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih di Masjid al-Muhajirin di sini, Khamis.

Salleh berkata pembangunan di negeri ini akan dirancakkan lagi jika Adenan mendapat sokongan padu daripada rakyat, dan kerajaan pusat juga akan memberi kerjasama penuh bagi membantu kerajaan Sarawak.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri (kini) berada di Sarawak dan ini menunjukkan komitmen kita dalam memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri.

"Kerajaan pusat telah bawa banyak perancangan yang besar, salah satu daripadanya ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menelan kos beribu juta ringgit untuk keuntungan rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan