Tiga Cerun Bukit 'Giat' Diteroka

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 9:04 AM

Aktiviti yang tidak dibenarkan: Dua jengkaut dilihat berada di kawasan yang menjadi laluan ke puncak bukit di Sungai Ara, Pulau Pinang -fotoDrone Se Vena Networks Sdn Bhd

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga cerun bukit di Sungai Ara, yang terletak lebih kurang 5km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 'giat' diteroka oleh petani yang menebang pokok-pokok di cerun untuk tujuan pertanian.

Gambar-gambar dari udara yang diambil menggunakan drone menunjukkan dua jengkaut dekat bahagian atas sebuah bukit di Sungai Ara, sedang melakukan pembersihan di kawasan yang kelihatan sebagai laluan ke atas.

Gambar-gambar menunjukkan terdapat tompokan di lereng bukit yang dibersihkan untuk dijadikan kebun pisang, antara lain.

Seorang penduduk di sebuah kondominium di Sungai Ara, Robin Tan, berkata beliau pernah bangun tidur dan menikmati angin sejuk pada waktu pagi.

"Saya beli unit ini pada tahun 2006. Satu hari, saya tengok ada tompok kecil di satu kawasan lereng bukit di bahagian belakang tetapi ia agak jauh. Saiznya semakin besar sejak kebelakangan ini.

"Sekarang, pemandangan di lereng bukit kelihatan hodoh. Kawasan kami juga menjadi lebih panas," katanya.

Terdapat empat blok kondominium 19 tingkat di sana.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata, beliau terkejut apabila melihat gambar-gambar yang telah dihantar kepadanya.

"Saya mahu laporan daripada pejabat tanah dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) kenapa tidak ada tindakan diambil terhadap orang berkenaan. Laluan yang 'botak' semakin membesar," katanya.

Tze Tzin berkata tompokan itu boleh menyebabkan tanah runtuh dan mendatangkan bahaya kepada penduduk yang tinggal di kaki bukit.

"Jika hujan lebat, ia juga boleh mengakibatkan aliran lumpur," katanya.

Tze Tzin berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja untuk memantau penerokaan bukit.

Penasihat Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) Bahagian Pulau Pinang, D. Kanda Kumar berkata beliau telah membangkitkan isu penerokaan bukit kira-kira sembilan tahun lalu.

"Semua orang boleh lihat bahawa penerokaan bukit sedang berlaku secara berleluasa, namun tidak ada tindakan yang diambil," katanya, sambil menambah pejabat tanah dan MBPP perlu mengambil tindakan segera.

"Jika pejabat tanah telah mengeluarkan lesen menduduki sementara kepada petani, mereka boleh menentukan bahawa tanah itu hanya boleh digunakan untuk menanam pokok durian atau rambutan. Pokok-pokok ini mempunyai akar yang kuat dan boleh bertindak sebagai hutan.

"Tetapi jika tanah itu digunakan untuk menanam sayur-sayuran, maka hutan itu tidak dilindungi dan ia boleh menyebabkan hakisan tanah," katanya.

The Star mengemukakan gambar jengkaut itu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPP A. Rajendran, yang berkata mereka telah mengambil tindakan segera.

Beliau berkata, anggota penguat kuasa bergegas ke tapak ini dan meminta pekerja untuk menghentikan aktiviti mereka serta-merta.

"Kami akan mengeluarkan arahan menghentikan kerja esok (hari ini)," katanya.

Pada Sabtu, The Star melaporkan mengenai pembukaan tanah bukit di lereng Bukit Bendera, termasuk berhampiran Paya Terubong.
Tags / Kata Kunci: tarah hutan , teroka hutan , pertanian haram

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan