Sistem Elektronik Berjaya Kurang Kesesakan Plaza Tol

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem transaksi tol secara elektronik (ETC) berjaya mengurangkan sehingga 50 peratus masalah kesesakan trafik di laluan plaza tol, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata sistem itu menjadikan tempoh pembayaran tol lebih singkat iaitu kira-kira enam saat bagi Touch N'Go dan tiga saat bagi SmartTAG berbanding 15 saat untuk transaksi secara tunai.

"Sistem ETC dapat mengurangkan antara 30 peratus hingga 50 peratus masalah kesesakan trafik di laluan plaza tol dan seterusnya memberikan penjimatan masa kepada pengguna," katanya pada persidangan Dewan Negara.

Selain itu bagi memastikan kelancaran di lorong pembayaran tol pada waktu puncak iaitu 7 pagi hingga 9 pagi serta 5 petang hingga 7 malam, jurutol juga akan berada di setiap lorong ETC untuk membantu pengguna yang mengalami sebarang masalah, katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Boon Som Inong mengenai sejauh mana keberkesanan kempen penggunaan ETC di lebuh raya bagi memastikan perjalanan pengguna lebih lancar.

Rosnah berkata kadar penggunaan ETC di semua plaza tol lebuh raya juga meningkat daripada 65 peratus sebelum ini kepada 81 peratus.

Katanya sehingga 1 April lepas, sebanyak 51 daripada 177 plaza tol di seluruh negara telah melaksanakan sistem transaksi ETC.

Beliau berkata bagi Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dianggarkan hampir 1.2 juta kenderaan menggunakan PLUS pada hari biasa dan PLUS juga perlu memastikan lebuh rayanya sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan baik.

Kerja penyelenggaraan dilaksanakan mengikut pusingan kerja yang termaktub dalam perjanjian konsesi, katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan