Salah Laporan WSJ Mengenai Malaysia Sekali Lagi Terbukti - Tengku Sariffuddin

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembohongan dan langsung tidak mempedulikan fakta oleh The Wall Street Journals (WSJ) dalam laporannya mengenai Malaysia sekali lagi terbukti, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Beliau berkata WSJ yang melaporkan sebagai fakta buat beberapa kali, termasuk oleh Ken Brown pada 20 April dan Tom Wright pada 11 Mac, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu dan beliau dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini dilakukan disebalik tiada pengumuman telah dibuat, dan berdasarkan sumber yang tidak mahu dikenali," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Tengku Sariffuddin berkata Gabenor baharu telah dinamakan hari ini dan beliau ialah Datuk Muhammad Ibrahim, Timbalan Gabenor ketika ini.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei, demikian diumumkan Pejabat Perdana Menteri, Rabu.

Muhammad, yang dilantik Timbalan Gabenor sejak 2010, akan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang bersara pada 30 April.

Tengku Sariffuddin berkata malangnya, ramai yang percayakan laporan WSJ kerana mereka tidak sedar bahawa WSJ telah secara sukarela membenarkan ia digunakan sebagai alat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Kempen Anti-Najib, hanya demi untuk tajuk sensasi.

Tanggungjawab paling asas bagi mana-mana wartawan ialah perlu mengesahkan  fakta, lebih-lebih lagi jika dakwaan itu serius dan daripada lawan politik.

Tetapi WSJ berterusan melaporkan pembohongan sebagai fakta daripada sumber tidak mahu dikenali. Mereka mengaibkan bidang kewartawanan. Sepertimana dibuktikan sekali lagi hari ini, rakyat Malaysia tidak boleh percayakan apa-apa sahaja yang mereka katakan," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan