Tunggakan Gaji: Pemilik Rayani Air Diberi Tempoh Sehingga Jumaat - Berita Semasa | mStar

Tunggakan Gaji: Pemilik Rayani Air Diberi Tempoh Sehingga Jumaat

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 2:12 PM

Gambar fail Zulkalnain pada sidang media yang diadakan Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wakil kakitangan Rayani Air membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh untuk pemilik syarikat itu, Ravi Alagendrran melunaskan tunggakan gaji kepada pekerjanya sehingga Jumaat ini.

"Kita memberi tempoh kepada Ravi untuk membayar (tunggakan gaji) paling lewat Jumaat ini," kata Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan secara ringkas kepada mStar Online pada Rabu.

Menurut Zulkalnain, ketika ini pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan pelabur baharu bagi membolehkan Rayani Air beroperasi semula.

Jumaat lalu, Zulkalnain bersama sejumlah kakitangan Rayani Air membuat tuntutan mengenai gaji tertunggak bagi Mac untuk kira-kira 400 pekerjanya yang berjumlah RM1.5 juta dan tempoh diberikan sehingga Selasa.

Tambah Zulkalnain, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ravi sekiranya tunggakan itu gagal dilaksanakan.

Selain tunggakan gaji, tuntutan turut dibuat mengenai isu pemotongan KWSP, serta meminta Ravi melepaskan majoriti saham kepada pelabur baharu untuk menyelamatkan syarikat itu.





   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan