PRN Sarawak: Tidak Mudah Untuk 'Calon Hartawan'

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 11:45 AM

Dr Jeniri Amir

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perbalahan dalaman dan sabotaj antara calon-calon Cina Barisan Nasional (BN) boleh menjejaskan potensi jawatan timbalan ketua menteri.

Pakar politik Sarawak Dr Jeniri Amir berkata sikap 'tikam-menikam' antara SUPP dan UPP boleh memberikan masalah terhadap kerusi-kerusi calon Cina yang diintai Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk jawatan itu.


"Keadaan ini tidak mudah untuk Adenan. Di kerusi-kerusi kawasan bandar, Adenan tidak akan melaluinya dengan begitu mudah," kata Dr Jeniri yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak.

SUPP adalah rakan kongsi BN manakala UPP adalah parti serpihan SUPP. UPP berdiri sebagai calon Bebas menentang SUPP dan begitu juga sebaliknya dalam beberapa kerusi calon Cina.

Pemimpin kedua-dua parti pernah menjadi sekutu tetapi kini keluar untuk memusnahkan antara satu sama lain dalam pilihan raya.

Dr Jeniri berkata jawatan timbalan ketua menteri boleh jatuh dari pegangan calon Cina sekali lagi jika SUPP tidak menunjukkan prestasi yang baik untuk kerusi-kerusi Cina.

Sarawak pernah mempunyai dua timbalan ketua menteri - satu mewakili masyarakat Dayak dan satu lagi mewakili masyarakat Cina.

Jawatan timbalan ketua menteri untuk calon Cina tidak dipenuhi selepas pilihan raya 2011 selepas SUPP mengalami kekalahan besar-besaran.

"Majoriti dua pertiga sudah pasti untuk Adenan tetapi akan ada beberapa kekecewaan besar kepada kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata kekecewaan besar itu mungkin melibatkan 'calon hartawan' di kawasan Sibu serta dua kerusi bandar di kawasan bandar Kuching.
Tags / Kata Kunci: SUPP , UPP , Dr Jeniri Amir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan