Dua Murid Meninggal Dunia Di Sekolah Ada Masalah Kesihatan

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 9:02 PM

Dr Khair Mohamad Yusof

(Ubah saiz teks)

BANDUNG: Dua murid tahun enam yang meninggal dunia secara mengejut di dua buah sekolah berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur pada Selasa dan Isnin lalu disahkan mempunyai masalah kesihatan.  

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, berdasarkan hasil bedah siasat, kedua-dua murid itu mempunyai kes kesihatan dan pihak kementerian telah meminta laporan mengenai kes itu. 

"Apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang malang. Bedah siasat mendapati bahawa memang ada kes kesihatan bagi kedua-dua murid. Bagaimanapun kita akan tunggu laporan lanjut," katanya.

Beliau bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat peringkat pegawai 2nd Strategic Dialogue of Education Minister (SDEM), Southeast Asian Ministers of Education Organisation (Seameo), Rabu.  

Pada kejadian Isnin lepas, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pusu, Gombak, Lyana Syaqirah Amin, 12, dikatakan pengsan di dalam kelas ketika hendak keluar rehat.

Pihak sekolah menghubungi ibu bapanya sebelum membawanya ke klinik.  

Bagaimanapun, murid tersebut disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan pada pukul 11 pagi semasa mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian kedua Selasa, Mohd. Aiman Mohd. Zalizan, 12, murid tahun enam SK Setiawangsa di Kuala Lumpur, dikatakan terjatuh dari kerusi makmal komputer sekolah tersebut lalu pengsan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Murid Sekolah , Meninggal Dunia , Pengsan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan