Muhammad Ibrahim Dilantik Gabenor Bank Negara Mulai 1 Mei

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 3:25 PM

Datuk Muhammad Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan serta memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara," kata Najib dalam satu kenyataan, Rabu.

Perdana Menteri juga yakin gabenor baharu itu dapat mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk meneruskan usaha bank pusat membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.  

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti. 

Ketika ini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Profesional Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Pengarah Agensi Akreditasi Kewangan, Pengarah Bebas Petronas dan ahli lembaga Kumpulan Wang Persaraan.

Jawatan terakhir Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010.

Tags / Kata Kunci: Gabenor BNM , Datuk Muhammad Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan