Kuil Nafi Tolak Bantuan Berhubung Kejadian Patung Dipecahkan

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 2:24 PM

Kuil Sree Muneeswarar Amman

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengurusan sebuah kuil yang beberapa patung di rumah ibadat itu dipecahkan seorang lelaki pada Ahad lepas menafikan dakwaan dalam media sosial bahawa ia menolak bantuan kerajaan negeri untuk membaik pulih kerosakan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sree Muneeswarar Amman A. Silvanathan berkata jawatankuasa tidak menolak bantuan RM30,000 itu.

Bantuan itu ditawarkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak Datuk Dr Mah Hang Soon yang melawat kuil itu pada Isnin lepas.

Pada sidang media Selasa, Silvanathan berkata jawatankuasa menerima bantuan itu, tetapi bersyarat.

Beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan telus berhubung kejadian itu.

Seorang lelaki berumur 29 tahun dipercayai mengalami masalah mental telah memecahkan beberapa patung di kuil di Jalan Hospital itu pada kira-kira 5 petang dan kemudian melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus sebelum terbabas dan melanggar perhentian bas.

Polis menahan lelaki itu dan menghantarnya ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan perubatan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan