Kabinet Setuju Teliti Isu Pekerja Syarikat Asing, Tempatan - Berita Semasa | mStar

Kabinet Setuju Teliti Isu Pekerja Syarikat Asing, Tempatan

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 10:37 PM

Mustapa Mohamed melihat mesin pengeluaran pada Majlis Pelancaran Rantaian Pengeluaran Baru Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Halal pada Rabu. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

NILAI: Kabinet mengambil keputusan untuk mengkaji keperluan kritikal tenaga buruh yang dihadapi syarikat asing dan tempatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, dalam perkara itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta agensi lain, termasuk Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama rapat untuk mengenal pasti keperluan tersebut. 

"Bagi bidang kritikal, kerajaan mempunyai dasar yang membenarkan sesetengah syarikat asing terus mengambil pekerja asing baharu. 

"...tetapi, secara ringkasnya, dasar kami ialah untuk menggalakkan syarikat asing dan tempatan mengambil lebih banyak rakyat Malaysia sebagai pekerja mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kemudahan pengeluaran baharu Coca-cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd pada Rabu.  

Mustapa berkata, pada masa ini, dasar kerajaan ialah memutihkan pekerja tanpa izin melalui Program Penggajian Semula.

"Ya, kita memerlukan pekerja asing, tetapi langkah ke depan kami ialah memutihkan pekerja tanpa izin...terdapat kira-kira dua juta pekerja asing tanpa izin di negara ini dan sekurang-kurangnya satu juta pekerja asing tanpa izin perlu diputihkan," katanya. 

Pada Februari lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja asing, termasuk dari Bangladesh.  -Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan