Jurusan Sastera Sama Penting Dengan Sains - Arshad Ayub

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti perlu memainkan peranan dalam mengimbangkan jumlah pelajar jurusan sastera dan sains bagi memastikan negara tidak ketandusan tenaga kerja dalam bidang sastera. 

Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Arshad Ayub berkata permintaan terhadap pendidikan sastera di negara ini dilihat agak membimbangkan kerana persepsi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terhadap bidang itu yang dianggap tidak menjamin alam pekerjaan.

"Kita sangat memerlukan sains sosial bagi menghadapi persaingan global yang begitu hebat. Pada saya negara tidak boleh hanya fokus terhadap sains, teknologi, engineering dan matematik (STEM) sahaja. 

"Sains sosial dan sastera ini sama mustahak seperti aliran sains dan teknologi untuk bersama-sama membawa rakyat negara ke tahap yang lebih tinggi,"katanya selepas menghadiri Editor's Luncheon Yayasan Pintar di Bangsar, Rabu.

Justeru beliau yang juga Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) menasihati pihak universiti turun padang memberi pemahaman yang betul tentang kesusasteraan secara lebih meluas kepada pelajar aliran sains di sekolah-sekolah seluruh negara.  

Arshad yang juga Pengerusi Yayasan Pintar mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam bahawa sambutan terhadap pendidikan sastera di negara ini dilihat agak membimbangkan. 

Ini kerana para pelajar lebih berminat mengikuti bidang sains bagi menjamin masa depan ketika memasuki alam pekerjaan. 

Dalam pada itu, Yayasan Pintar mempelawa syarikat milik kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah dan Sarawak melibatkan diri dalam program 'Sekolah Pintar' untuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada sekolah kurang berprestasi di dua negeri itu.  

Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Pintar Karimah Tan Abdullah berkata ketikaini hanya terdapat 32 Sekolah Pintar di Sabah dan Sarawak yang dibiayai oleh syarikat dari Semenanjung. 

"Setiap kali ada syarikat yang ingin memohon untuk menjadikan mana-mana sekolah sebagai sekolah angkat kami sering mencadangkan sekolah di Sabah dan Sarawak. 

"Bagaimanapun kebanyakan mereka menolak kerana lokasi yang terlalu jauh dan mengeluh tidak mempunyai sumber di sana. 

"Jadi kini kami giat membuat pemasaran di Sabah dan Sarawak untuk mencari syarikat di sana untuk membantu sekolah kurang berprestasi," katanya.

Karimah berkata satu perjumpaan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga dijangka diadakan pada Julai ini bagi memohon penajaan bas Unit Pembelajaran Bergerak Pintar (PLMU). 

PMLU merupakan bas yang diubahsuai untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka cabang karier melalui kaedah pembelajaran kreatif dan menyeronokkan. 

Yayasan Pintar kini mempunyai dua buah bas PLMU yang bergerak ke seluruh Semenanjung sejak 2010. 

Sejak diperkenalkan pada 2008, program Sekolah Pintar telah berjaya mengangkat 422 buah sekolah di seluruh negara yang dibiayai oleh 46 buah syarikat serta memberi manfaat kepada lebih 600,000 pelajar. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Arshad Ayub

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan