Istana Kehakiman Dicadang Guna Khidmat Polis Bantuan

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 4:48 PM

Rosly Hassan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Khidmat polis bantuan dicadangkan bagi mengatasi masalah kekurangan anggota polis yang bertugas di mahkamah di Istana Kehakiman di sini, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan.

Katanya cadangan itu akan diutarakan kepada pihak yang berkenaan dalam minggu ini setelah dibincangkan dalam sesi taklimat tertutup bersempena lawatan kerja Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Rabu.

Beliau berkata perjawatan anggota polis mahkamah sudah tidak wujud dan IPD Putrajaya menempatkan anggota di mahkamah selama ini adalah atas dasar kerjasama untuk membantu.

"Sebelum ini lapan anggota berkhidmat di pelbagai mahkamah yang terletak di Istana Kehakiman dan apabila mendapati jumlah ini tidak mencukupi, ditambah menjadi 11.

Penambahan itu melibatkan anggota daripada bahagian narkotik dan jenayah komersial yang terpaksa bertugas di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas Amar Singh mengakhiri lawatannya.

Menurut Rosly, secara puratanya setiap bilik mahkamah di Istana Kehakiman memerlukan sekurang-kurangnya dua anggota polis untuk mengawal orang kena tuduh, memastikan orang awam mematuhi peraturan dalam mahkamah dan menguruskan proses membayar jamin.

"Pada masa ini 11 anggota polis yang bertugas di Istana Kehakiman terpaksa membahagikan kerja lebih daripada satu bilik mahkamah," katanya, sambil menambah Istana Kehakiman memerlukan khidmat lebih 20 anggota polis. 

Rosly berkata kekurangan anggota polis di pelbagai mahkamah di Istana Kehakiman akan melewatkan pelbagai urusan sehingga menyebabkan ada orang kena tuduh tidak dapat dihantar ke penjara pada hari yang sama.

"Ini menyebabkan orang kena tuduh itu terpaksa ditempatkan di lokap IPD Putrajaya semalaman dan dihantar ke penjara pagi esoknya," jelasnya. 

Sementara itu, Amar Singh dalam amanatnya mahu warga IPD Putrajaya melakukan tugas yang terbaik dan sentiasa  memastikan semangat bekerja adalah tinggi. 

Sebelum menyampaikan amanat, Amar Singh mendengar taklimat tertutup selama lebih sejam oleh Rosly. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan